Umat Islam MESTI

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi ke ruangan yang serba ringkas ini.Moga2 bingkisan yang ringkas ini serta di kesempatan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ini dapatlah saya berkongsi sesuatu bersama anda semua agar kita beroleh manfaat untuk diri saya terutamanya dan anda semua di dalam hidup yang penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Moga2 Allah sentiasa merahmati kita semua di dalam rahmatNya serta memelihara kita daripada dosa2 fitnah dan diizinkan kita untuk menjadi jiran yang baik di syurga kelak..Insya'Allah

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana berbakikan sisa usia yang sedikit ini masih dibenarkan olehNya untuk terus menulis seterusnya berkongsi di ruangan maya ini untuk tatapan diriku dan juga saudara/i ku di luar sana.Insya’Allah

Wahai umat Islam,

Ku berpesan kepada diriku dan seterusnya kepada sauadar/i semua ingatlah dan ku pohon ubahlah cara hidup kita.Kembalilah kejalan yang benar yang diredhai oleh Allah swt.janganlah kita terlupa, terleka dan lalai dalam mengingatinya…bukankan Allah telah berfirman…

Surah Al-Alaq : Ayat 6-7

MANUSIA MENJADI JAHAT KARENA MERASA CUKUP

كَلَّآإِنَّٱلۡإِنسَـٰنَلَيَطۡغَىٰٓ () أَنءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ

6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

7. karena dia melihat dirinya serba cukup

Wahai umat Islam,

Marilah kita kembali ke sisi Allah…moga2 Allah mengampuni dosa2 kita yang lalu.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang…Allah berfirman: “Sesungguhnya keampunanku melebihi kemurkaanku..”mohonlah keampunan kepadaKu pasti Aku akan mengampuni kamu…”..Subhanallah..begitu sayangnya Allah kepada kita semua…

Wahai umat Islam,

Di kesempatan ini, ingin ku berkongsi sesuatu.Moga2 kita berubah dan beroleh ketenangan dan kelapangan di dalam kehidupan di dunia dan beroleh kesejahteraan di akhirat kelak…Insya’Allah

Wahai umat Islam,

ü Umat Islam MESTI berilmu bukan hanya menungkat dagu

ü Umat Islam MESTI banyak membaca bukan melihat orang baca

ü Umat Islam MESTI berdakwah bukan hanya pandai menyalah

ü Umat Islam MESTI bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah

ü Umat Islam MESTI menjaga waktu bukan membazir waktu

ü Umat Islam MESTI kaya jiwa bukan kaya harta

ü Umat Islam MESTI bekerja keras bukan pemalas

ü Umat Islam MESTI merenung bukan termenung

ü Umat Islam MESTI mengkaji bukan menanti hasil yang dikaji

ü Umat Islam MESTI berhati-hati bukan membuta tuli

ü Umat Islam MESTI disegani bukan di takuti

ü Umat Islam MESTI bersatu hati bukan hasad dan dengki

ü Umat Islam MESTI berpolitik bukan main politik

ü Umat Islam MESTI mensyukuri bukan kufur nikmat

ü Umat Islam MESTI hanya berpandukan Al-QURAN,HADIS,QIAS,ITJIMA’ & IJTIHAD kelak kita terselamat di dunia dan di akhirat…

Amin..


aam

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...