Kerana KATA
Kerana KATA-KATA
“suatu perkataan akan mewakili seribu pengertian..begitu juga setiap perbuatan akan merangkumi sikap dan tingkahlaku yang akan membawa padah jika kita tersalah langkah..pada kebiasaan orang akan pandang pada apa yang mereka lihat..tapi bukan pada apa yang mereka rasa..thing positif and do the best!...sharing is caring :) ..”
Ringkas tetapi begitu besar maknanya...
Jika direnungkan, mungkin kita tidak faham apa yang cuba sahabat ini sampaikan kepada kita.Mengapa..? Satu perkataan sahaja..sebab kita tidak “RASA” apa yang dirasainya...Begitulah kehidupan yang Allah sediakan dan berikan kepada hamba2Nya..Bayangkan kawan2..penduduk bumi berapakah jumlahnya?
Banyak kan....[ tak berani nak letak angka..kot2 salah ].Emm..kita ambik jer jumlah di Malaysia..Berapa? lebih kurang dlam 27 juta manusia..Banyak tu..Bayangkan berapa banyak cerita yang Allah sediakan untuk kita..Subhanallah...setiap lahir sahaja cucu cicit adam di muka bumi ini, maka telah siap sedialah jalan ceritanya...Hebatnya Allah kan...? Tidak tercapai akal manusia untuk memikirkannya.Sesungguhnya pengetahuan Allah itu Maha Luas..Lailahaillah...Tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah.
Mungkin jalan cerita hampir SAMA...tetapi ingat PASTI tak SERUPA...
Mungkin jalan cerita hampir SERUPA..tetapi ingat PASTI tak SESAMA...
Mungkin jalan cerita hampir SESAMA...tetapi ingat PASTI tak SAMA PENYELESAIANNYA..
Begitulah caranya Allah mendidik setiap hambaNya dengan penuh KebijaksanaanNya.
Maha suci Allah yang menjadikan Langit dan Bumi dengan KekuasaanNya.
Ermmm....terasa diri ini sangat kerdil...tetapi sering lupa akan nikmat yang Allah berikan dan aku sering lalai dalam mengingatiNya kerana sibuk akan HAL2 DUNIA yang tidak pernah HABIS....Ya Allah ampunilah aku dan hamba2Mu yang sedang membaca coretan ku ini...Amin
Kita teruskan dengan kata2 hikmah sahabat saya itu...
Berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang datangnya dari kejahilan seseorang begitu berat untuk diselesaikan jika kita menyusuri laluan kejahilan itu bersama. Tukar haluan, jangan di lawan arah angin, kawal lah kemudi. Tukar haluan, jangan di pandang masalah itu kerana ia pasti mengekorimu...jika di bawa ke arah kejahilan..pasti lebih teruk.Jika di bawa ke arah kebatilan pasti ia semakin pulih atau ditinggalkan bersama kejahilan..Carilah penyelesaian bersama Allah..kerana tiap2 sesuatu yang berlaku adalah dariNya..dan sewajarnyalah kita kembalikan kepadaNya...kerana itulah didikan Allah supaya kita mengingatiNya...Subahanallah.
Ini pandangan saya:
Kekadang seribu perkataan hanya diwakili oleh satu pengertian...
Jika mereka hanya melihat pada perkataan, maka wujudlah seribu pengertian
Tetapi jika mereka melihat bagaimana untuk mereka melihat, pasti mereka dapat melihat dan merasainya....
Sesudah itu cukuplah bagi mereka hanya dengan satu perkataan untuk satu pengertian dan seribu perkataan untuk satu pengertian yang terbaik...
Duhai sahabatku,
Di antara PERKATAAN dan PENGERTIAN yang mana lebih UTAMA ?
Carilah ia dan pasti ketenangan dan kebahagian menantimu di pintu keluar kesedihan..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan keluargamu dengan RahmatNya...
Yakin dan percayalah dengan Rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pemberi Kurnia...
Semoga beroleh kelapangan dan ketenangan...
a’am
2.45 am
20 Jun 2011

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.