Posts

Showing posts from July, 2014

Kemenangan Aid Dul Fitri?

Image
Assalamualaikum wbt, Selamat meneruskan puasa yang telah disyariatkan kepada kita. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kita selagi Dia mengizinkan kita untuk menghirup udara yang dibekalkanNya kepada kita setiap hari. Alhamdulillah, hari ni telah masuk hari ke25 Ramadhan. Semoga hari2 yang telah dilalui kita habiskan dengan baik dan berfaedah. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Aid Dul Fitri. Hari Kemenangan umat Islam. Namun apa yang perlu kita lakukan sebenarnya dengan kemenangan ini. Biarkan berlalu begitu sahaja atau ada sesuatu yang perlu kita pelajari dan kita hayati. Insya Allah, ana kongsikan sedikit ilmu yang ana baca di blog rakan2..mudah2an Allah merahmati kita dengan RahmatNya.Inysa Allah.. Selamat Hari Raya kepada semua. Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya? Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagai...