Jujur dengan DIRI

Kejujuran apabila menguasai hati, akan menjadikan hati itu HATI YANG JUJUR. Jujur yang sangat kita perlukan ini bukan sekadar kejujuran terhadap sesama manusia. Paling utama jujur dalam mengambil hanya hak kita dan JUJUR KERANA ALLAH. Seiring merelakan hak orang lain hak kita dan Hak ALLAH. Ia mesti berlaku serentak! Carilah kejujuran itu.Semoga beroleh ketenangan di dunia.
Jujurlah dengan diri,
Jangan diletakkan kesalahan kepada orang lain kerana kesalahan mereka itu adalah kerana kejahilan mereka…begitu juga dengan diri kita.Ingat jangan sesekali kita meletakkan kesalahan dan menghukum sesiapa sahaja kerana kita tidak mempunyai hak untuk tentukan salah betul mereka.Muhasabahlah diri dan fahami diri sendiri dan kita akan difahami.jujurlah dengan diri bila ingin mendidik dan dididik.
Jujurlah dengan diri,
Jangan sesekali lemparkan kemarahan kita kepada orang lain kerana kesalahan mereka adalah dari kejahilan mereka…begitu juga dengan kita.Ingat jangan sesekali kita meletakkan kemarahan itu kepada mereka dan diri kita.Pesan rasulullah..
“Manusia yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah”
Seperti kata Hukama pula : “Kuasailah diri kamu, nescaya kamu akan dapat menguasai dunia ini”.jujurlah dengan diri bila kita merasai kelemahan kita.jujurlah untuk mendidik amarah kita.
Jujurlah dengan diri,
Jangan sesekali kita berasa takut dengan sesuatu yang kita wujudkan sendiri.Kerana apa yang manusia wujudkan adalah bersifat sementara dan tidak kekal.Sebaliknya kita lebih takut kepada Allah yang mencipta kita.Inilah sepatutnya dan wajib kita takutkan.Jujurlah dengan diri akan hakikat ini dan pasti kita akan bertemu dengan jalan yang betul sebagai manusia di muka bumi ini.Jujurlah ketika menyusuri jalan2 kehidupan dan jangan sesekali berselindung di sebalik permintaan dunia kehidupan….
“Kejujuran terhadap diri sendiri ketika muhasabah.Lihat dan telitilah satu persatu kesalahan kita.Jangan di nafikan yang realiti.Akuilah dengan hati yang betul2 ikhlas.Setelah disedari kelemahan dan kesalahan kita, maka akui hakikat itu.Ingat, kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.” aam
Jujur itu mudah tetapi tuntutannya berat..
Jujur itu nikmat tetapi ujiannya berat..
Jujur itu realiti bukan fantasi..
Jujur itu menginsafi diri bukan menyusahkan diri..
Jujur itu lebih mudah dari tidak jujur…
Terima kasih sahabat kerana berkongsi denganku…Semoga Allah merahmatimu dan keluargamu…
Akan ku didik kejujuran dalam diriku mengenal diri ini dirimu dan pencipta.Semoga kekosongan itu akan hilang dengan kejujuran…
a'am
12.30 am
09 Jun 2011
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.