Posts

Showing posts from August, 2021

Sama' (Mendengar)

Image
Sama’ (Mendengar) Sifat 20 Allah Allah Maha Mendengar apa yang diucapkan hambanya baik yang diucapkan mahupun yang disembunyikan. قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Suarah Al-Maidah: 76) Dia Maha Mendengar. Setiap niatmu di dalam hati dia dengar. Maka janganlah malas untuk berdoa dan berdoa. Mohonlah kepadaNya. Dia Maha Mendengar dan suka mendengar rintihan hamba-hambaNya. Merayulah kepada yang Maha Mendengar, bukan kepada yang hanya mendengar untuk dikhabarkan. #hampirselesai #jomkongsiyangbaikbaik #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Hayah (Hidup)

Image
Hayah (Hidup) Sifat 20 Allah Allah SWT Maha hidup, tidak akan pernah mati, binasa, ataupun musnah. Dia kekal selama-Nya. وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya. (Surah Al-Furqan: 58) Allah kekal dan akan terus hidup. Yakini sepenuhnya kerana mudahnya, "Kita hidup di bumi kerana Allah yang mencipta yang sifatnya Hayaj (hidup).." Jangan sombong wahai diri dan sahabatku. Kita semua akan mati...Ye mati...Dia yang mecipta kita, pasti kita akan dimatikan..jangan angkuh. Hidup kita bukan nak tongkat langit... #hampirselesai #redaAllahlebihbaikdaripadaredamanusia

’Ilmun (Mengetahui)

Image
’Ilmun (Mengetahui) Sifat 20 Allah Allah SWT mengetahui atas segala sesuatu sama ada yang dilihat mahupun yang tidak dilihat. وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Surah Qaaf: 16) Maha mengetahu. Ya. Dia mengetahui segala-galanya kerana semuanya adalah ciptaanNya. Isi hati kita pun Allah tahu. Sokong siapa, untuk apa, kerana apa, sebab apa....Semuanya.. Buat baik untuk apa, kerana apa dan sebab apa. Hatta niat kita pun Allah tahu walaupun kita sembunyikan drp manusia..TOPENG.. Jika faham Allah itu Maha Mengetahui, pasti jiwa kembali tenang. #hampirselesai #kitahidupmencarikasihsayangallah #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Iradat (Berkehendak)

Image
Iradat (Berkehendak) Sifat 20 Allah Allah SWT berkehendak atas segala sesuatu. Oleh itu, apapun yang terjadi di atas kehendak Allah SWT. Bila Allah SWT berkehendak, maka jadilah dan tidak ada seseorang pun yang mampu mencegah-Nya. خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. (Surah Hud: 107) Maka, setiap kehendak kita juga atas kehendak Allah. Jika diizinkanNya maka dapatlah kepada kita. Jangan menyangka yang kita dapat pasal kita hebat . Jangan rasa kita ada kuasa kita kuat. Semuanya atas kehendakNya jua. Jangan megah sangat na...Pinjaman je pun... #hampirselesai #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Qudrat (Berkuasa)

Image
Qudrat (Berkuasa) Sifat 20 Allah Allah SWT Maha Kuasa atas segala sesuatu dan tidak ada yang boleh menandingi kekuasaan Allah SWT. يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu. (Surah Al-Baqarah: 20) Jika kau melihat aku kuat dan gagah, itu kerana Dia izinkan kekuatan itu buatku. Allah maha gagah dan kuat.Lihat sahaja alam ini. Pasti manusia tidak mampu memiliki malah memikirkan bagaimana ia terjadi. Manusia hanya merosakkan namun dikatakan hebat . Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk beribadah seku...

Wahdaniyah (Tunggal/ Esa)

Image
Wahdaniyah (Tunggal/ Esa) | Sifat 20 Allah Allah SWT satu-satunya tuhan pencipta alam semesta. لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya: 22) Tunggal itu satu maka tiadalah yang lain selain tunggal. Maha suci Allah yang berdiri dengan sendiri dan tiada tuhan selain Allah. Percaya dengan hati dan yakini iman serta zahirkan dengan lidah agar dilazimi setiap hari. Jangan merasa diri kita pula tunggal lebih baik dari orang lain. Berebut-berut menonjol diri untuk menunjukkan kita lebih baik drp orang lain dalam apa jua tindakan, melainkan dlm menuntut ilmu untuk dikongsikan. Allah itu tunggal dan segala ilmu adalah miliknya dan segala perkara yang berlaku jua atas izinNya. Kita hanya mampu kerana izinNya. Titik... #hampirsel...

Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri Sendiri) | Sifat 20 Allah

Image
| Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri Sendiri) Allah SWT berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa dan tidak memerlukan bantuan sesiapa pun. وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (Surah Al-Ankabut: 6) Kita nak berdiri pun tidak mampu saat dilahirkan dan apabila semakin tua, keadaan yang sama akan berlaku. Semuanya tarbiah buat diri kita. Kita tidak akan gagah dan kuat kerana diri kita, melainkan hanya dengan reda Allah dan kehendaknya. Kukelihatan kuat kerana Dia yang menguatkanku. Kukelihatan gagah kerana Dia Maha Gagah. Semuanya hanya pinjaman dan ehsanNya jua. #jomkongsiyangbaikbaik #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Mukholafathu Lilhawadisi | Sifat 20 Allah

Image
Mukholafathu Lilhawadisi (Berbeza dengan makhluk ciptaan-Nya) | SIFAT 20 ALLAH Allah SWT Yang Maha Mencipta, maka Allah sudah pasti berbeza dengan makhluk ciptaan-Nya. Tidak ada satu pun yag setanding dengan-Nya dan mampu menyerupai keagungan-Nya) فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat. (Surah As-Syura: 11) Berbeza macam mana ye? Sesuatu yang tidak pernah melihat. Itulah beza. Tidak mungkin dapat dilihat sehinggalah kita mati. Senang faham rasanya. Mudah je. Nak faham lagi? Jika kamu lihat sesuatu pemandangan itu indah, maka Allah itu lebih indah ...

Qidam (Terdahulu/Awal) | Sifat 20

Image
Qidam (Terdahulu/Awal) Sifat 20 bagi Allah Sifat Qidam bermaksud terdahulu. Allah adalah Sang Pencipta yang menciptakan alam semesta beserta isinya. Sebagai Pencipta, Allah wujud terlebih dahulu dari segala sesuatu yang diciptakan-Nya. Justeru, tidak ada pendahulu atau yang mengawali selain Allah SWT. هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: 3) Nak faham mudah je...Sebelum kita, pasti mak ayah. Sebelum mak ayah, pasti atok nenek kita..sebelum atok nenek kita, pasti moyang kita...Last sekali, Nabi Adam as. Sebelum Nabi Adam as? Ha, jadi kena terus mengaji dan mencari. Allah itu ada sebelum segala-segalanya. Zat yang ada. Maka bersujudlah kepada Zat yang satu. Jangan bangga dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal Yg bermula pasti akan berakhir kerana itu adalah pinjaman sahaja. #jomkongsiyangbaikbaik #kitahidupmencarikasi...

WUJUD | SIFAT 20

Image
  JOM KONGSI YANG BAIK-BAIK | Wujud (Ada) Sifat 20 bagi Allah Allah itu zat yang pasti ada, Dia berdiri sendiri, tidak diciptakan oleh sesiapapun dan tidak ada Tuhan selaian Allah Ta’ala. اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ “Allah yang mencipatakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi Syafa’at selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperlihatkan?” (Surah As-Sajadah: 4) Bagaimana nak kenal Allah? Lihat pada diri kamu sendiri. Tidak mungkin ada manusia yang mampu mencipta sesuatu seperti kamu dan manusia yang lain. Hanya Allah dan Dialah satu-satunya yang wujud dan maha mencipta. Lain? Maka lihatlah apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya bermanfaaat untuk manusia. Lagi? Udara yang tidak kam...