Posts

Showing posts from December, 2020

DIA MAHA PENYAYANG | Bagaimana dengan kita?

Image
DIA MAHA PENYAYANG | Bagaimana dengan kita? KASIH SAYANG MAHA PENYAYANG   Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Mulakan dengan bismillah. Itulah yang diasuh dan diingatkan kepada kita sebagai hamba Allah yang diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Mengapa disuruh kita memulakan sesuatu dengan bismillah? Apa sebab? Ya. Jawapannya sangat mudah. Setiap perkara yang berjaya atau gagal dilakukan adalah dengan izinNya. Semuanya atas kehendaknya. Tiada satu perkara pun yang mampu kita lakukan tanpa izinNya. Tanpa kasih sayangNya. Sungguh, Dia maha pemurah lagi maha mengasihi. Sekalipun kita tidak mengucapkan terima kasih setiap kali terjaga dari kematian sementara (tidur) Dia yang Maha Pemurah dan mengasihi tetap bermurah memberi kasih sayangnya kepada semua hambaNya. Setiap hari, Dia terus memberi tanpa mempedulikan apa yang dibalas hambaNya. Kerana apa?  Kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Ya kerana sifat maha itulah, kita manusia yang seri...