Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Sedikit perkongsian daripada sahabat kita yang sempat saya baca dan untuk di kongsi bersama anda semua. Mudah2an Allah merahmati saudara kita yang menulis bahan dan kita semua yang membaca dan meyebarkan ilmu Allah yang maha luas ini…Tabarakallahulakum.. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ; Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku." 1. Pahala yang berlipat ganda 2.Keberkatan. Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan. 1. Cara duduk Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut...