Posts

Showing posts from September, 2021

Kita Yang Lemah

KITA YANG LEMAH | Musuh Tidak Kuat 'Setiap kebaikan adalah sedekah' Nafsu, adalah musuh yang paling berbahaya, hinggakan Rasulullah SAW bersabda: “Musuhmu  yang  paling  ganas  ialah nafsumu  sendiri yang berada antara dua sisimu.” (Riwayat Al-Baihaqi) Siapapun kita bukan jaminan terlepas daripada ujian nafsu. Apapun gelaran dan jawatan bukan alasan terpelihara daripada godaan nafsu. Sekalipun 1000 kebaikan dan kebajikan yang telah dibuat, bukan jaminan terhindar daripada usikan nafsu. Sebenarnya kita yang lemah. Bukan musuh yang kuat. Mungkin kita lupa kisah nafsu dan akal yang telah diceritakan. Kita juga mungkin lupa yang manusia ni sebaik² makhluk ciptaan Allah swt. Kuatkan diri melawan musuh utama sebelum menawan musuh lain. Zikir dan fikir agar kita kuat, bukan lemah. #notafikir #jomkongsiyangbaikbaik

Biarlah Rahsia dan Terbuka

Image
  BIARLAH RAHSIA dan TERBUKA | Dia Maha Mengetahui 'Setiap Kebaikan Adalah Sedekah' Orang yang akrab dengan Allah lebih mementingkan kebaikan dan redaNya. Namun setiap kebaikan yang dilakukan bergantung kepada niat mereka. Niat ada pada mereka dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap kebaikan adalah sedekah, maka carilah kebaikan yang membolehkan kita mendapat sedekah yang berterusan. aam #hampirselesai #jomkongsiyangbaikbaik #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

VAKSIN vs ANTIVKASIN

Image
  VAKSIN vs ANTI VAKSIN | Fikir dan Zikir 'Setiap kebaikan adalah sedekah' Islam menganjurkan kita supaya berusaha dengan apa cara sekalipun. Mudah kata, ikhtiar dan berserah. Bukan membuat cerita dan menyambung cerita daripada seseorang yang bukan ahlinya. Malah kita sebagai yang dipimpin, akur kepada mereka yang memimpin selagi ia tidak melanggar hukum yang Allah telah tetapkan. وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Surah al-Talaq (3) Ada kisah sebagai panduan buat kita. Usaha mesti tetap dilakukan. Malah Rasulullah SAW turut melakukannya. Rasulullah SAW berperang dengan tombaknya dan memakai baju besi dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai topi besi pada kepalanya. Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta: اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawa...