Posts

Showing posts from 2017
Image
KUNCI YANG DITINGGALKAN Sepagi aku mengelamun di celah-celah gudang ilmu aku disapa oleh seseorang yang mengenaliku. Ermm.. Bagaimana nak rasa tenang ye bang? Apa? Aku pun tersentap dengan soalan yang diajukan. Kenapa dik? Ada masalah ke? Ntahlah, saya rasa macam kosong je. Kekadang rasa macam tak seronok pun hidup kat sini. Tambah dengan hal kawan-kawan. Aku menduga. Dendam mungkin? Atau bosan? Aku mula dengan ayat ingatan Allah yang aku dengan melalui corong radio semalam. "Allah kata, jika engkau ingat padaku, PASTI Aku akan ingat padamu. JIka engkau bersyukur padaku, PASTI aku akan menambah rezekimu." Pernah dengar tak ayat ni? Dia menggeleng...tidak bang. Tak perasan kot.. Tak mengapa dik. Abg rasa adik tertinggal kunci yang Allah beri. Kunci? Kunci apa tu bang? Kunci utama tu dik. Islam dan Iman. Kalau adik ikut satu persatu in sha Allah, pasti akan datang ketenangan.   Rezeki tu bukan mata wang manusia tau. Rasanya adik faham rezeki tu ...
Image
Benar tu ustaz... Hantukan manja Dibiarkan bersiar2 riang, Walaupun tangan tidak mengadah... Dibiarkan terbang bebas, Walaupun dahi tidak bertemu alas... Dibiarkan kelazatan tanpa soal, Walaupun lidah tidak terucap... Namun, Maha Pangasih masih kasih... Hantukan manja sikit diketuk... Agar hantukan nampaknya sakit.. Agar hantukan nampaknya langit.. Agar hantukan nampaknya bumi.. Agar hantukan nampaknya kehebatan diri. Kasihnya Khalid yg mencipta. . Tidak dibiar hatta membenci.. Hantukan manja tanda kasihNya.. # merpatiputih
Image
Cubalah dua perkara ini dan lihat hasilnya Susah tapi seronok Memang sukar bila bermula Kanan kiri menyapa Depan belakang terhantuk Susah tapi seronok Jatuh sekali boleh bangun Tapi bila jatuh berkali2 Hmm..tetap kena bangun Susah tapi seronok Malu sangat bila berhadap. Muka hilang, Badan kaku, Lidah kelu. Susah tapi seronok.. Nampak jalan mati dah Mata kabur Telinga berdengung Hati dah berbisik sesat Susah tapi seronok Betul memang susah.. Betul memang serabut.. Betul memang tercabar... Tapi bila faham dan yakin... PASTI Seronok.. S.A.B.A.R # merpatiputih
Image
Gambar sekadar hiasan ehsan Pak Cik Google Dengan Izin-Nya Air laut mengapung kapal... Udara mengapung kapal terbang.. Bumi mengapung kenderaan.. Besi lembut melentur acuan.. Semuanya hanya dengan izin-Nya Perkara baik yg mengembirakan Musibah yang mendukacitakan Bernasib baik yang melegakan Semuanya hanya dengan izin-Nya Sedarkah wahai diri... Baik buruk hanya dengan izin-Nya Beriman atau tidak ttp dengan izin-Nya Carilah mengapa? Pasti di hujung pencarian adalah ketenangan tiada bandingan.. # merpatiputih
Image
Ibu dan ayah pintu tengah syurga ke syurga akhirat Sangat benar kata2 itu. Perlakukan yg terbaik utk kedua ibu bapamu. Jgn diabaikn nikmat syurga dunia yg Allah berikan. Dunia melekakan malah melalaikan kita... Hal keluarga dan anak2mu. Itulah halangan kamu ke syurga.. Santuni ibubapa mu agar keluargamu terdidik. Bagi isteri, suamimu adalah syurga mu. Taati mereka kerana Allah kerana ganjarannya sgt hebat. Ketaatanmu membawa ibu ayahmu ke syurga.. Fahamilah maksud pintu syurga.. Fahamilah mengapa anak lelaki perlu taat pd ibunya.. Fahamilah mengapa isteri perlu taat pd suaminya.. Sungguh Allah itu maha mengetahui dan maha adil.. # merpatiputih #alfatihahuntukibunda #kukirimhadiahsentias

Aku keliru tapi yakin

Image
Gambar sekadar hiasan yang diambil dari Pak Cik Google Aku keliru tapi yakin Di laung 2020 Di canang TN50 Aku keliru Mendengar tidak ku yakin.. Melihat aku keliru, Berhadapan berderai air mataku.. Mengapa masih ada mereka yg begini? Mereka ialah tonggak negara Mereka yg kita harapkan Mereka yg kita canangkan Namun mengapa mereka tersisih Salah siapakah? Aku keliru Aku sedih Disebalik cerita, Rupanya Dia menjentik hatiku.. Supaya bersyukur... Supaya faham Inilah dunia.. Berpesan-pesanlah antara kita... # merpatiputih # kelirutapiyakin # benarduniainipenuhpenipuan
Image
Lidah hina Lupa tempat mula nasimu disuap Lupa tempat mula ABC kamu belajar Setelah mampu berlari... Menidakkan semua mulanya.. Benar kejam lidahmu.. Namun, Lupamu itu rupanya meludah muka nenek moyangmu... Seandainya mereka tahu.. Keturunanmu pasti melutut malu.. Aku bukan membenci Aku marah tapi aku mampu bertahan selagi kamu tidak melintas batasan # merpatiputih
Image
Kematian Kematian itu lautan penyesalan Andai kehidupan berjalan atas kenikmatan khayalan.. Kematian itu lautan kelazatan, Andai kehidupan berjalan atas kerendahan dunia yang dikesalkan.. Wahai diri, Benar, dunia ini adalah tempat mencari bekalan.. Benar, dunia ini adalah tempat bekerja... Benar, dunia ini adalah ujian yang besar.. #merpatiputih
Image
Jihad Si Anak Kecil Kelibat kecil menyusuri denai, Cahaya langit menjadi peneman, Niat dan azam ditelan dalam, Demi mencapai cita dan impian. Lusuh kain membalut tubuh, Haus tapak membelah laluan, Helaian erat digenggam tangan, Membelah kebuntuan mencari kebenaran. Dalam kepayahan menemukan kebenaran, Minda diperah mencari penyelesaian. Azam ditekad, niat dibulat menepis halangan, Agar dapat melihat cahaya dalam kegelapan. Sasterawan Negara pernah berkata, Celiknya kita dari seorang guru biasa. Ku pujuk, ku rayu diriku berkata, Hormatilah guru, cintailah ilmu jagalah bahasa. Jihad si anak kecil jauh di pedalaman, Mengorak langkah dengan senyuman, Biar lusuh jangan luluh dalam laluan. Mengeluh tidak menoleh jangan. Jihad si anak kecil jauh di pedalaman. Membangga diri sekali jangan, Mengingati pesan zaman berzaman, Menjadi contoh adab dan pegangan. Nukilanku ini hanyalah kata-kata, Buat tatapan anak bangsa. ...