IKHLAS ?

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi ke ruangan yang serba ringkas ini.Moga2 bingkisan yang ringkas ini serta di kesempatan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ini dapatlah saya berkongsi sesuatu bersama anda semua agar kita beroleh manfaat untuk diri saya terutamanya dan anda semua di dalam hidup yang penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Moga2 Allah sentiasa merahmati kita semua di dalam rahmatNya serta memelihara kita daripada dosa2 fitnah dan diizinkan kita untuk menjadi jiran yang baik di syurga kelak..Insya'Allah
Keikhlasan itu sering kita ungkapkan apabila kita memberi sesuatu kepada seseorang.Ucapan itu begitu bermakna kepada kedua2 belah pihak..Begitu bererti bagi sepasang kekasih.Sangat bermakna untuk suami isteri dan begitu tenang dan gembira dirasakan untuk seorang sahabat.Namun kata-kata itu tidak cukup jika hanya sekadar ungkapan diketika itu sahaja.Ikhlas yang sebenar adalah datangnya dari niat.Niat yang diletakkan kerana Allah yang utamanya.Sudah pastilah keredhaan Allah yang menjadi keutamaan di dalam setiap perbuatan dan pertuturan sesama manusia.Inilah yang akan di hisab dan di hitung oleh Allah di sana kelak…Jika ikhlas mu itu kerana berniat kan sesuatu, sudah pastilah Allah yang lebih mengetahuinya.Pada pandangan manusia atau pihak kedua, sudah pastilah ia kelihatan begitu sempurna..kerana manusia hanya mampu melihat dari kaca mata.Jika dapat melihat dari mata hati, itu adalah gerakan dari Allah kerana kasihNya kepada hambaNya…Begitulah sayangnya Allah kepada hambaNya…
Ikhlas tak perlu diungkap sepenuhnya….dan tak perlu untuk difahami.Cukup sekadar ungkapan ringkas dan niat kerana Allah.Keikhlasan yang sebenar pasti akan diperlihatkan oleh Allah tanpa kita sedari.Keikhlasan kedua2 belah pihak akan terlihat apabila saling memahami dan ikhlas di dalam setiap perbuatan dan pertuturan.Hilanglah segala kesedihan, kelukaan, tekanan dan segala perasaan apabila bantuan atau pertuturan yang diterima dan diberikan ikhlas kerana ALLAH.
Inilah nikmat sebenar IKHLAS yang dianjurkan Islam.Bukan untuk menunjuk2 dan bukan untuk memiliki sesuatu secara tidak jujur. Tiap2 perbuatan yang tidak ikhlas pasti akan diperlihatkan dan dipertontonkan oleh Allah akan kejahilan mereka sendiri.Tanpa keikhlasan juga segala yang dimiliki tidak akan kekal dan menjadi sukar.
Ingatlah wahai saudara dan saudari seagamaku…ikhlaskanlah hati mu dalam apa juga perbuatan, pertuturan dan segala hal yang ingin dilakukan hendaklah semuanya KERANA ALLAH…kerana daripadaNya la kita datang dan kepadaNya lah juga kita kembali.Maka serahkanlah segala urusan kepadanya…berdoalah kerana itulah yang terbaik untuk kita…kerana itulah juga nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.
Wahai sahabatku,
Ikhlas tidak perlu di ungkap untuk difahami,
Cukup sekadar niat di hati,
Keikhlasan akan terlihat tanpa sedar apabila kita saling memahami…
Ikhlaslah kerana Allah dan berdoalah…
Wahai sahabat,
Ketahuilah…
Bukan di mataku kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan di ucapanku kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan di ditanganku kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan di raih simpati kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan kesedihan kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan kegembiraanku kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan pujuk rayu kuperlihatkan keikhlasanku..
Bukan untuk ku menunjuk2 kebaikanku..
Ketahuilah…
Ikhlasku kerana Allah yang menggerakkan hati ku melalui dirimu..
Ikhlasku kerana Allah yang memperlihatkan mata ku melalui dirimu..
Ikhlasku kerana Allah yang memimpin tangan ku melalui dirimu…
Ikhlasku kerana Allah yang mendidik ku melalui dirimu..
Ikhlasku kerana Allah yang menyayangi ku melalui dirimu..
Ikhlasku kerana Allah yang nyawaku di tangan Nya…
Ikhlasku kerana Allah yang Maha Mengetahui
Ikhlasku kerana Allah
Terima kasih sahabat…
a’am
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.