Posts

Showing posts from November, 2022

FITNAH DAJJAL | Peringatan 1400 yang lalu.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Di antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman adalah kemunculan dajjal. Oleh kerana itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut. Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ Maksudnya : “  Ya Allah aku berlindung kepada Engkau  daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada firnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada ...