Posts

Showing posts from 2012

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Sedikit perkongsian daripada sahabat kita yang sempat saya baca dan untuk di kongsi bersama anda semua. Mudah2an Allah merahmati saudara kita yang menulis bahan dan kita semua yang membaca dan meyebarkan ilmu Allah yang maha luas ini…Tabarakallahulakum.. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ; Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku." 1. Pahala yang berlipat ganda 2.Keberkatan. Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan. 1. Cara duduk Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut...

Rintihan Di Malam Hari - Imam Bukhari

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Sedikit perkongsian daripada sahabat kita yang sempat saya baca dan untuk di kongsi bersama anda semua. Mudah2an Allah merahmati saudara kita yang menulis bahan dan kita semua yang membaca dan meyebarkan ilmu Allah yang maha luas ini…Tabarakallahulakum.. Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh diri untuk datang mengadap-Mu Tuhan. Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu sedu sedan tangisku keharuan hamba yang lemah juga mendekat bersimpuh di bawah Duli Kebesaran. Tuhan Hamba tidak tahu pasti bagaimana penerimaan-Mu di kala mendengar pengaduan hamba yang penuh dosa dan noda ini Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan dan sudi memberi keampunan Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu ada mengatakan: Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan hamba percaya pada tutur kepastian itu sebab itu ham...

Aku seorang lelaki biasa

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana dengan RahmatNya lah diri ini masih lagi mampu untuk menghirup udara yang diberikan olehNya tanpa sedikitpun kurangnya setiap hari sehinggalah ke hari ini...Syukur kepadaNya juga kerana dengan RahmatNya jugalah tangan ini masih mampu untuk menulis sesuatu di ruangan ini..syukur kepadaNya juga kerana dengan izinNya dan RahmatNya jugalah mengizinkan IlmuNya untuk diri ini gunakan di ruangan ini.. Syukur yang tidak terhingga kepadaMu ya Rabb..kerana diri ini sering melakukan kufur kepadaMu sering sahaja melupakanMu..namun Engkau masih mengasihani diriku dan hamba2Mu yan lain...Sesungguhnya benarlah Engkau adalah Allah yang Maha Agung, yang Maha Pengasih dan Penyayang...Rahmatilah akan daku ya Allah...Jangan lah diabaikan diriku dariMu walau sekelippun....Terima kasih ya Allah... Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata untuk diriku mengin...

SALAM AKHIRKU…

Image
Bismillahhirrahmanirrahim… Di mana harus bicaraku bermula. Ke mana bicara kan ku bisikkan. Hanya padaMu Ya Allah yang teguh mendengar rintih hambaMu yang lemah ini. Kaki ini kekadang terasa makin luluh. Hati ini kekadang terasa ingin pergi jauh. Tapi ke mana? Ke mana? Apa yang akan aku bawa? Apa yang akan aku tinggalkan? Apa yang telah berlaku dalam hidupku?...... Apa yang telah hadir dalam hidupku?..... Apa yang telah kunikmati dalam hidupku?.... Apa yang kucari dalam hidupku?.... Apa yang telah hilang dari hidupku?.... Ya Allah, andai ini petanda kasihMu padaku…aku pasrah. Kumohon berikan ku seribu kekuatan untuk aku kuat melangkah, berikan aku seluruh semangat agar jiwa aku tidak mengalah. Semangat? Ya…! Aku masih ada semangat itu. Bunga cintaku yang manis dan manja yang sentiasa menuntut aku agar terus senyum walaupun hati ini penuh derita…. Anak-anakku…. Teruslah jadi pembakar semangat ibu yang takkan padam…teruslah jadi penawar tangis ibu. Ya Rab...

Ciptaan Allah anugerah buat kita

Image
Assalamualaiku... Ciptaan Allah yang terbaik adalah KITA iaitu MANUSIA...Dari Nabi Adam lah kita bermula dan dari Hawa la kita diperlihatkan ke dunia..dan kerana yang Maha Pengasih dan Maha Penyayanglah kita masih diizinkan untuk menikmati hidup sehingga ke hari ini.Dialah Allah subhanahuwataala...Yang Maha Agung dan Yang Maha Penyayang...Ku mohon ampun dan maaf wahai Allah di atas kekhilafan ku kepadaMu...Ampunilah akan dosa2ku dan dosa kedua ibu bapaku serta mereka yang amat kusayangi... Anugerah Allah kepada kita begitu banyak dan tidak mampu kita hitung sekalipun di beri kehidupan 1000 tahun lamanya..Sesungguhnya tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. ...

Doaku...

Image
Assalamualaikum wbt... Selawat dan salam sebanyak2nya ke atas Kekasih hati Muhammad saw. Segala puji hanya untukMu ya Allah agar di sampaikam salam rinduku untuk KekasihMu semulia2 makhluk ciptaanMu Muhammad solallahualaihiwasssalam manusia terpuji yang menjadi ikutanku. Ya Allah betapa hinanya diri ini di sisiMu betapa malunya diri ini mengaku aku adalah hambaMu kerana banyaknya dosa yang telah ku ukirkan di dalam hidupku selama Engkau izinkan ku bernafas di bumi Mu ini... Segala puji hanya untukMu ya Tuhanku..dengan rahmatMu wahai yang Maha Agung..ku bermohon : "Ampunilah dosa2 kami...dosa2 kedua ibubapa kami...serta mereka yang amat kami sayangi serta muslimin dan muslimat..rahmatilah kami dengan RahmatMu ya Allah..peliharalah kami agar sentiasa di dalam kasih sayangMu ya Rahim...tiada la daya kami, kerana sikitnya helahku untuk hidup di dunia ini wahai Allah..berikanlah segala kebaikan untuk kami di dunia dan di akhirat..." "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Men...

HUKUM POLIGAMI

Image
HUKUM BERPOLIGAMI Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (surah An-Nisa’ 4:3) Sungguhpun begitu, hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makhruh atau haram bergantung kepada individu, keadaan dan suasana yang dihadapi. i) SUNAT hukum terpakai apabila seorang lelaki memerlukan tambahan isteri. Misalnya, kerana dia tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan dia memerlukan anak. Pada   masa yang sama dia berasa mampu berlaku adil. Hukum poligami ketika itu adalah SUNAT. Poligami dalam situasi ini akan member manfaat kepada keluarg...