Posts

Showing posts from February, 2012

BelajaR dan Mengajar.Mengapa?

Image
Maksud hadis: Daripada Saad bin 'Ubadah, daripada Abi Abd Rahman as-Sulami, daripada Uthman bin Affan ra, daripada Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" (Riwayat oleh Bukhary, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie, Ahmad dan ramai lagi). Sebuah Hadis daripada Abu Hurairah ra. , bahawa Baginda Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menunjukkan ke jalan kebaikan, akan diberi kepadanya pahala sebanyak mana pahala orang yang melaksanakan kebaikan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka semua itu. Seterusnya sesiapa yang menunjukkan ke jalan kesesatan, akan diberi kepadanya dosa, sebanyak mana dosa orang yang telah melaksanakan kesesatan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada dosa-dosa mereka semua itu.” Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah Bin Nukman daripada Hammad bin Ibrahim berkata: “Dibentangkan amalan seseorang dan diletakkan di atas satu timbangan, ternyata ringannya. Seterusnya didatang...

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

Image
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. 2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 4. Bantu pendidikan seorang anak. 5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah. 6. Bagi CD Quran atau Do'a. 7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid. 8. Tempatkan pendingin air di tempat umum. 9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. Aminnnnnn...

Surat untuk ibu (warkah ini memang sedih

Image
Subject: surat untuk bonda Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni...... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak s...

Al-Hadith : Tentang Menuntut Ilmu

Image
Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga." "Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu." "Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air." "Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain." "Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali." (Riwaya...

Buat Kaum Hawa

Image
BUAT KAUM HAWA... Fenomena isteri meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini. Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan ialah terdapatnya isteri yang menganggap menjaga hati atau melayani suami dengan bersikap sopan sudah tidak sesuai dalam keadaan masyarakat kita hari ini atau mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini menunjukkan bahawa tidak sedikit peranan dan pengaruh media massa, terutamanya televisyen, dalam ‘ mendidik ’ kaum Hawa di zaman ini. Sebenarnya keadaan ini akan menjadi model yang tidak baik terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak yang akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif dalam kehidupan berkeluarga. Terdapat banyak nash-nash di dalam...

Mengapa Mudah Lupa ?

Image
Mengapa Mudah Lupa? Mengapa mudah lupa?Mudah hendak menghafal atau mengingati sesuatu perkara?Segalanya bermula dari pemakanan seharian kita. Warghhh....sedapnya...dah suka makan kari kan.....adoiii... Antara faktor pemakanan yang menyebabkan kita mudah lupa ialah : Banyak makan makanan yang masam seperti jeruk,epal hijau,mangga muda. Memakan kepala ikan. ( ana pun sama je..suka sangat kari kepala ikan...adoiii...) Makan sehingga terlalu kenyang dan melampaui batas. Memakan makanan dan minuman yang telah dimasuki semut. Meminum minuman yang memabukkan seperti tuak dan arak. Banyak memakan & meminum bahan yang berawet,perisa yang banyak dan bergas.Contohnya air gas & maggi (makanan segera) Banyak memakan makanan yang berempah. Tidak salah hendak makan kerana selagi ianya halal dan tidak melanggar syariat islam,kita boleh makan tetapi kena ada batas dan tidak melamapui.Sesuai dengan Firman Allah s.w.t didalam Al Qu...

Kasihnya Kekasih Allah kepada Umatnya

Salam Mahabbah untuk semua saudara dan saudariku yang dikasihi... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..... Pertamanya, ana mohon maaf Ya Allah dan para sahabat serta guru-guru kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini..rasa bersalah kepadaMu ya Allah kerana tidak menyampaikan ilmu yang telah engkau izinkan kepadaku milikinya...Sering melakukan dosa kepadaMu ya Allah tetapi masih lagi Engkau mengasihi diri ini yang sangat daif dan hina di sisiMu...malu rasanya untuk menatap muka kekasihMu ya Allah...Muhammad solaallahualaihiwasallam....ya habibi rasulullah...maafkan kan umatmu ini yang sangat busuk dan hina..kerana kasihmu ya Rasulullah kami semua dapat hidup tenang dalam Islam...selawat dan salam keatas junjungan Kekasih Allah Muhammad solaallahualaihiwasallam dan kepada para sahabat serta keluarga baginda... Disini ana ada membaca satu artikel di dalam blog berkenaan kasihnya rasul kepada kita. dan ana kongsikan disini untuk sama2 kita wujudkan rasa kasih dan cinta k...