Tazkirah Hari Ini... MENUNTUT ILMU AGAMA KEFARDHUAN BAGI SETIAP INDIVIDU Daripada Sofwan bin Assal RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada pencari ilmu kerana redha dengan apa yang dicari.” (Riwayat Ahmad) Sayyidina Mu’adz bin Jabal RA berpesan: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah itu lambang takut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, mengulang kajinya adalah tasbih, menyelidiknya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Ilmu adalah teman ketika bersendirian dan sahabat ketika kesunyian."