Semut dan Bunga

Semut dan Bunga
Kisah seekor semut yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar dan sukar baginya untuk di capai melainkan dengan izin penciptanya iaitu Allah swt. Walaupun begitu semut tetap sabar dan yakin segalanya adalah ketentuan dari penciptanya dan dia yakin serta redha dengan segala yang berlaku dan yang akan berlaku.Semut sentiasa ingatkan dirinya sendiri yang semut tetap semut dan tidak mungkin menjadi seekor kumbang.
Segalanya bermula begini….
Rutin semut setiap hari tetap sama, dia akan keluar mencari makanan dari pagi sehingga petang.Bila malam menjelma, semut ini mula memikirkan keadaan dirinya yang begitu kecil daripada hidupan lain yang ada disekelilingnya.Seringkali dia memikirkan keadaannya itu sehinggakan dia terfikir untuk menjadi seekor burung. “kalau aku jadi burung kan bagus..boleh terbang bebas tinggi di langit…tiada siapa yang boleh pijak aku…”kata semut…Sejenak dia berfikir… “Mmmm…tapi susah pulak nak mencari makanan sbb aku tak ada tangan, susahlah macam tu…” terfikir semut susahnya menjadi burung.Seketika kemudian di terfikir lagi.Kali ini semut ingin menjadi seekor kucing. “Kalau jadi kucing pun bagus, boleh tinggal di dalam rumah.Di belai dan di jaga dengan baik..”kata semut. “Mmm…suka-suka”, tambah semut lagi..Begitulah keadaan semut setiap hari.Semut sentiasa fikirkan untuk menjadi selain dari dirinya kerana merasakan dirinya begitu kecil dan lemah.Semut akan terus bercerita pada dirinya sehingga lewat malam tanpa rasa bosan dan jemu..
Pada suatu petang , semut seperti biasa bekerja mencari makanan bersama rakan2nya.Mereka kini berada di taman bunga di sebuah perkampungan.Ketika sedang asyik berjalan, semut terpandang akan sekuntum bunga yang cantik di antara bunga2 yang lain. “wahh…cantiknya bunga tu…” kata semut tadi sambil ternganga luas mulutnya. “Emm….sejuk je mata memandang…” tambah semut lagi. “Alangkah bagus kalau aku dapat bawa balik bunga itu” kata semut.Dia mula terbayang2 akan bunga itu yang menjadi miliknya.Pasti dia akan berasa ceria sentiasa.Begitu tenang bunga itu pada pandangannya. “Emm…pasti bunga ini dapat menjadikan aku lebih besar dari hidupan lain” fikir hatinya.Tanpa sedar dia telah ditinggalkan oleh kawan2nya yang lain.Semut mula cemas tetapi bila memandangkan bunga itu kembali, semut berasa tenang.Semut tersenyum puas, rasa cemas hilang begitu sahaja.Setelah rasa tenang…semut mula menghidu jejak langkah kawan2nya dan akhirnya dia selamat sampai ke rumahnya… Setibanya di rumah dan apabila malam menjelma, semut teringat kembali bunga yang dilihatnya petang tadi. “Esok aku pasti akan miliki bunga itu..” kata semut penuh semangat.Oleh kerana asyik dengan ingatan terhadap bunga itu, semut telupa yang dirinya hanyalah seekor semut.Semut mula menyusun impiannya sehinggalah tertidur.
Pada keesokkan harinya, semut bangun lebih awal dan bersiap sedia untuk ke tempat bunga tersebut.Semut yakin yang dia pasti dapat membawa bunga itu pulang.Setibanya di sana, semut tersentak kerana terdapat kumbang di sekeliling kawasan bunga itu.Terdapat lebih kurang 10 ekor kumbang yang beterbangan mengelilingi bunga-bunga di kawasan itu.Melihatkan keadaan kumbang, semut mula merasakan sesuatu pada dirinya.Dia tersedar yang dia tidak sepatutnya mempunyai impian sebegitu.Dia sepatutnya sedar yang kumbang adalah jauh lebih layak untuk mendampingi bunga..kerana itu adalah hukum alam.Kumbang di jadikan berpasangan dengan bunga.Sebab itu kumbang diciptakan sayap dan badan yang lebih besar dari semut.Supaya kumbang boleh terbang tinggi dan melihat bunga2 untuk di pilih. “Semut tetap semut…hmmm…” kata semut mengeluh mengenangkan dirinya.Seketika kemudian, semut terfikir akan sesuatu. “Sekurang2nya aku masih dapat melihatnya walaupun dari bawah” kata semut lagi. “Jika bunga itu tak nampak aku pun tak mengapa. Yang penting ia dapat memberi ketenangan kepadaku dan memberiku semangat untuk aku merasakan yang aku nie juga berguna kepada hidupan yang lain walaupun aku kecil..dan inilah diriku yang diciptakan oleh Allah swt…” bisik hatinya. Tanpa mempedulikan kumbang2 itu, semut meneruskan perjalanannya menuju kea rah bunga itu. “Semut menyentuh lembut bunga itu dan berkata, “Wahai bunga, diriku ini sangat kecil dan tidak setanding kumbang yang hebat.Tetapi aku ingin sekali melihatmu setiap hari untuk aku sentiasa bersemangat di dalam kehidupanku” kata semut…tidak lama kemudian bunga itu menjawab…”tabahlah wahai semut, bersabarlah ye..” kata bunga. “Jika tidak hari ini, mungkin di kemudian hari..dan jika tidak di sini mungkin di tempat lain” sambung bunga lagi.Semut tersentak kerana dia tidak menyangka bunga itu boleh bertutur.Kemudian semut menjawab, “Benar apa yang di katakan oleh mu wahai bunga”. Semut menyambung lagi kata2nya. “Tidak sepatutnya semut sepertiku ingin berkawan dengan mu.Tetapi ini adalah kemahuanku” kata semut lagi sambil tersenyum. “Sekurang2nya ku berjaya berada dekat denganmu dan dapat belajar sesuatu darimu” semut menambah. “Walaupun hanya sebentar pejumpaan kita ini, ia memberiku seribu satu makna dan pengajaran kepadaku.Sesungguhnya Allah itu adil dalam setiap penciptaanNya.Tidak tercapai akal makhluknya.Ku bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepadaku untuk mengenalimu di ruang masa yang singkat ini.Walaupun aku tidak dapat jadi seperti kumbang, tetapi aku boleh menjadi seekor semut yang terbaik” tambah semut dengan panjang lebarnya. Bunga hanya tersenyum.
Akhirnya semut pulang ke rumahnya dengan penuh kegembiraan dan kepuasan. “Cukuplah untuk ku hari ini dan bunga itu pasti akan terus aku kenangkan sehingga diriku dijemput Allah untuk kembali” moolog semut pada dirinya.Semut berazam yang dia akan sentiasa bersemangat sebagai seekor semut dan akan terus melihat bunga itu walaupun dari jauh.
Terima kasih bunga :
Kau mengajarku supaya :
Tabahlah wahai hati..bersabarlah yer…
Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki..
Sentiasa ingat kepada Allah
Sentiasa redha akan ketentuan Allah
Sentiasa Yakin dengan setiap penciptaanNya..
Terima kasih wahai sahabat.Semoga allah merahmati kamu dan keluarga..
Terima kasih dan maafkan saya…
a’am
Alias
2.30 am
11 Jun 2011
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.