Posts

Showing posts from June, 2011

airmata rasulullah saw

Image
airmata rasulullah saw "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." :: Ali 'Imran : 144 :: Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahag...

Pesanan untuk wanita II

sambungannya.... 23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :- a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. 24. Wajib bagi wanita :- a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Mere...

Pesanan untuk wanita

Image
Pesanan Untuk Wanita 1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak). 2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun). 3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. 5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli). 6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah ...

Berdoalah

Image
Berdoa... Ermm...benda yang paling senang nak di buat..tetapi berapa ramai di antara kita yang sukar untuk berdoa...Jika ada pun hanya ketika di himpit masalah..masa itulah baru teringa nak berdoa kat Allah..apbila senang..lupa kembali menyinggah...itulah manusia..Ya Allah..jauhilah aku dan rakan2ku serta hamba2Mu daripada lupa untuk mengingatiMu.. Tetapi cuba fikir kejappp jer.... Ada diantara kita tak bersolat...Allah tetap berikan rezeki.. Ada diantara kita tak bersedekah...Allah tetap berikan rezeki.. Ada diantara kita tak bersyukur...Allah tetap berikan rezeki.. Betapa kasihnya dan sayangnya Allah kepada kita kan... Berdoalah itu tanda kita ingatkan Allah Berdoalah di kala susah atau senang.. Berdoalah di kala sedih atau gembira Berdoalah di kala lapang dan sempit... Berdoalah kerana ianya PERCUMA... Berdoalah kita sepanjang masa..kerana doa itu percuma dan ianya senjata orang Islam...Berdoalah dengan hati yang ihklas dan hadapkanlah segala apa yang kita mahukan kepadaNya.. Firm...

Indahnya Hidup Bersahaja

Image
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata "Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." Jika perlu MARAH , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .   Jika perlu MENANGIS , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .  Jika perlu PATUH , patuhlah tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .  Jika mahu MISKIN , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR . Jika mahu KAYA , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH . Jika mahu menjadi WARAK , lakukanlah ibadah sebanyak2nya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA. Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH , belilah selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .  Kalau mahu 2 BUAH RUMAH , belilah asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS . Kalau mahu MENIMBUN HARTA , bekerja-keraslah asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .  Kalau mahu BERHIBUR , berhiburlah asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .  Kalau mahu ...