Posts

Showing posts from October, 2011

BAHAGIA YANG DIRASAI RASULULLAH S.A.W.

Image
Berkata Anas bin Malik RA: " Saya telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas barang yang saya kerjakan: "Mengapa engkau kerjakan?" Mengapa tidak engkau kerjakan?". Tidak pernah pula baginda berkata pada barang yang tidak ada: "Alangkah baiknya kalau barang itu ada". Kalau pada suatu ketika terjadi perselisihan saya dengan ahlinya, dia berkata kepada ahlinya itu. "Biarlah sebab apa yang telah ditakdirkan Allah mesti terjadi ." Memikirkan bunyi hadis yang diriwayatkan Anas itu, dapatlah difikirkan pula apa ertinya redha , yang telah berkali-kali kita tuliskan sebelum ini. Dapatlah diketahui hal ehwal Rasulullah itu. Dia sendiri, setelah sempurna makrifatnya dengan Allah, tidaklah dia lupa Yang Maha Kuasa itu ialah Dia. Dia yang mentadbirkan. Dia yang menyusun, mengatur, dan alam ini terlingkup kita di dalamnya, berhaklah Dia bertaharruf, berbuat sekehendak hatiNya di atas milikNya itu. ...

Hanya segengam garam

Image
Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama. Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu. "Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu."Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya. Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu....

PINTU-PINTU SYURGA ALLAH

Image
Ibnu Abbas ra. berkata: Surga mempunyai 8 pintu yang terbuat dari emas, yang dihiasi dengan jauhar (sejenis mutiara) dan pada pintu yang pertama tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, iaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul, syuhada’ dan juga pintunya orang-orang yang dermawan. Pintu yang kedua iaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan shalat, orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun shalatnya. Pintu yang ketiga iaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan zakatnya dengan senang hati dan ikhlas. Pintu yang keempat iaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar. Pintu yang kelima iaitu pintu bagi orang-orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu yang buruk. Pintu yang keenam iaitu pintu bagi orang-orang yang melaksanakan haji dan umrah. Pintu yang ketujuh iaitu pintu bagi orang-orang yang berjihad (dijalan Allah). pintu ...

7 PERKARA GANJIL DI DALAM KUBUR

Image
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan m ... encuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Golongan yang pertama , aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka dar...

12 muka di padang mahsyar

Image
Pada hari kiamat, umat Islam akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki . Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT: “ Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran , maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka…”   1  Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan . Datanglah suara dari sisi Allah SWT yang berfirman: “ Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka…”   2                        Mereka datang  dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh denga...