Posts

Showing posts from July, 2020

ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT

Image
Tazkirah Hari Ini... ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT Sayyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi jenazah seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Adakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya." Lalu baginda SAW bersabda, "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani) Berdasarkan hadis itu, perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat 'main-main'. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini. Nota kaki : Kasihkan saudara kita. Ingatkan mereka. Maka selesai bahagianmu..

TERTANGGUH KERANA BERGADUH

Image

TANGGUNGJAWAB SESAMA MUSLIM

Image
TANGGUNGJAWAB SESAMA MUSLIM Daripada Sayyidina Al Barra' bin 'Azib RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW menyuruh kami untuk menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, menjawab doa orang yang bersin, menepati sumpah, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarluaskan salam." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Betapa hebatnya mereka yang memahami Islam lebih lambat daripada kita yang lahir dalam Islam. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu saudaraku. Amiinnn

BUANG SIFAT PEMBENCI JIKA INGIN BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA

Image
BUANG SIFAT PEMBENCI JIKA INGIN BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA Ganjaran besar menanti kepada orang Islam yang tidak membenci saudara yang berkongsi akidah dan agama serta kemanusiaan meskipun pernah berbuat salah dan silap kepadanya. Antara ganjaran tidak membenci manusia lain seperti yang disampaikan Anas bin Malik RA apabila Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai anakku, jika kamu mampu berpagi dan berpetang (setiap waktu) dalam keadaan hati kamu tidak berasa benci sedikit pun terhadap sesiapa, maka hendaklah kamu lakukan demikian.” Kemudian Baginda bersabda: “Wahai anakku, itulah sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku akan bersama denganku di syurga.” (Hadis Riwayat Tirmizi) Kucuba mengatasi perasaan ini. Namun aku manusia. Doakan. Ya Allah, bantulah aku. Aminn

KEAMPUNAN DITANGGUHKAN TERHADAP ORANG YANG BERGADUH

Image
KEAMPUNAN DITANGGUHKAN TERHADAP ORANG YANG BERGADUH Sabda Rasulullah SAW, "Pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampunkan segala dosa mereka yang tidak pernah syirik melainkan dua manusia yang berselisih faham lalu dikatakan kepada mereka: Lihatlah kepada dua insan ini dan tangguhkan keampunan terhadap mereka sehingga mereka berdamai." (Riwayat Muslim) Hal ini menunjukkan betapa bahaya kedudukan mereka yang bergaduh dan berselisih sehingga Allah SWT menangguhkan keampunan terhadap mereka.  Ku mohon ampun dan maaf kepada semua sahabat yang mengenaliku. Kujua memaafkan kalian sekiranya ada..

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Image
Tazkirah Hari Ini... AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENGANGKAT DARJAT KITA Bersumber daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang mana dengan sesuatu itu Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosamu dan dengan sesuatu itu pula Allah SWT akan mengangkatkanmu beberapa darjat?" Para sahabat menjawab, "Baiklah wahai Rasulullah.” Baginda SAW bersabda, "Iaitu menyempurnakan wuduk daripada hal-hal yang makruh, memperbanyak langkah ke masjid dan menantikan solat selepas solat. Maka itulah yang dinamakan Ar Ribath (mengikat diri dalam ketaatan)." (Riwayat Muslim)