Benar tu ustaz... Hantukan manja Dibiarkan bersiar2 riang, Walaupun tangan tidak mengadah... Dibiarkan terbang bebas, Walaupun dahi tidak bertemu alas... Dibiarkan kelazatan tanpa soal, Walaupun lidah tidak terucap... Namun, Maha Pangasih masih kasih... Hantukan manja sikit diketuk... Agar hantukan nampaknya sakit.. Agar hantukan nampaknya langit.. Agar hantukan nampaknya bumi.. Agar hantukan nampaknya kehebatan diri. Kasihnya Khalid yg mencipta. . Tidak dibiar hatta membenci.. Hantukan manja tanda kasihNya.. # merpatiputih
Posts
Showing posts from February, 2017
- Get link
- X
- Other Apps
Cubalah dua perkara ini dan lihat hasilnya Susah tapi seronok Memang sukar bila bermula Kanan kiri menyapa Depan belakang terhantuk Susah tapi seronok Jatuh sekali boleh bangun Tapi bila jatuh berkali2 Hmm..tetap kena bangun Susah tapi seronok Malu sangat bila berhadap. Muka hilang, Badan kaku, Lidah kelu. Susah tapi seronok.. Nampak jalan mati dah Mata kabur Telinga berdengung Hati dah berbisik sesat Susah tapi seronok Betul memang susah.. Betul memang serabut.. Betul memang tercabar... Tapi bila faham dan yakin... PASTI Seronok.. S.A.B.A.R # merpatiputih
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar sekadar hiasan ehsan Pak Cik Google Dengan Izin-Nya Air laut mengapung kapal... Udara mengapung kapal terbang.. Bumi mengapung kenderaan.. Besi lembut melentur acuan.. Semuanya hanya dengan izin-Nya Perkara baik yg mengembirakan Musibah yang mendukacitakan Bernasib baik yang melegakan Semuanya hanya dengan izin-Nya Sedarkah wahai diri... Baik buruk hanya dengan izin-Nya Beriman atau tidak ttp dengan izin-Nya Carilah mengapa? Pasti di hujung pencarian adalah ketenangan tiada bandingan.. # merpatiputih
- Get link
- X
- Other Apps
Ibu dan ayah pintu tengah syurga ke syurga akhirat Sangat benar kata2 itu. Perlakukan yg terbaik utk kedua ibu bapamu. Jgn diabaikn nikmat syurga dunia yg Allah berikan. Dunia melekakan malah melalaikan kita... Hal keluarga dan anak2mu. Itulah halangan kamu ke syurga.. Santuni ibubapa mu agar keluargamu terdidik. Bagi isteri, suamimu adalah syurga mu. Taati mereka kerana Allah kerana ganjarannya sgt hebat. Ketaatanmu membawa ibu ayahmu ke syurga.. Fahamilah maksud pintu syurga.. Fahamilah mengapa anak lelaki perlu taat pd ibunya.. Fahamilah mengapa isteri perlu taat pd suaminya.. Sungguh Allah itu maha mengetahui dan maha adil.. # merpatiputih #alfatihahuntukibunda #kukirimhadiahsentias
Aku keliru tapi yakin
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar sekadar hiasan yang diambil dari Pak Cik Google Aku keliru tapi yakin Di laung 2020 Di canang TN50 Aku keliru Mendengar tidak ku yakin.. Melihat aku keliru, Berhadapan berderai air mataku.. Mengapa masih ada mereka yg begini? Mereka ialah tonggak negara Mereka yg kita harapkan Mereka yg kita canangkan Namun mengapa mereka tersisih Salah siapakah? Aku keliru Aku sedih Disebalik cerita, Rupanya Dia menjentik hatiku.. Supaya bersyukur... Supaya faham Inilah dunia.. Berpesan-pesanlah antara kita... # merpatiputih # kelirutapiyakin # benarduniainipenuhpenipuan