Posts

Showing posts from August, 2011

Istiqamah Seperti Rumput

Image
  Rumput sejenis tumbuhan yang paling mudah tumbuh, tahan lasak dan senang dipandang mata. Warnanya yang hijau memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Rumput tidak berbuah, tidak mengeluarkan bunga yang berwarna-warni, tetapi manusia tetap menanamnya. Kenapa? Apakah keistimewaan rumput? Rumput member kekuatan pada tanah. Akarnya mencengkam dan menghalang air daripada menembusi tanah dengan mudah. Ia menghalang hakisan tanah. Sebab itu rumput ditanam di lereng-lereng  cerun dan curam. Gunanya bagi menahan tanah daripada hakisan atau runtuh. Oh, hebat! Walaupun tanah dan batu sifatnya keras, rupa-rupanya rumput yang lembut yang menahan tanah daripada runtuh, bukan pokok bunga ros yang menghasilkan bunga yang cantik atau pokok pisang yang menghasilkan buah yang banyak. Hakikat ini mengajar kita satu perkara-iaitu jangan berasa hina diri. Walaupun kita tidak mempunyai rupa yang cantik, harta yang banyak atau kecerdasan yang tinggi, kita masih boleh berbakti k...

Fasa Ramadhan

Image
Sebulan ada 30 hari dan Rasululullah membahagikan Ramadhan itu kepada 3 fasa.Seperti yang sedia maklum,ramai yang tahu 3 fasa yang di sebut oleh baginda s.a.w.3 fasa tersebut ialah : Fasa Pertama - Rahmat Allah. Fasa Kedua   - Keampunan Allah. Fasa Ketiga   - Bebas daripada Api Neraka Allah. Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan. Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa. Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan. Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan .Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t. Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan. 10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling d...

Lelaki Yg Diheret Wanita Ke Neraka

Image
AYAHNYA.. Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.   SUAMINYA.... Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. ABANG-ABANGNYA.. ..  Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan mele...

Kejadian Israfil,Mikail dan Jibril

Image
 Malaikat Israfil Ibnu Abbas ra berkata : Malaikat Israfil memohon kepada Allah agar dirinya di beri kekuatan supaya dapat membawa langit tujuh, maka Allah memberinya kekuatan ia dapat membawa bumi dan langit tujuh, ia juga diberi kekuatan  sehingga boleh MENGUASAI ANGIN, MENCABUT GUNUNG, MEMBAWA DUA BEBAN YANG BERAT DAN MEMEGANG SEGALA BINATANG BUAS. Allah member malaikat Israfil mulai dari bawah ke dunia telapak kakinya sampai kepalanya, sedangkan beberapa mulut dan lisannya di tutup dengan beberapa hijab.Lisannya selalu membaca tasbih kepada Allah dengan seribu bahasa.Allah Ta’ala menjadikan dari diri malaikat Israfil 1000 malaikat lagi yang sama membaca tasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat nanti. Bagi malaikat yang membawa Arasy dan malaikat Kiraman katibin (malaikat yang menulis amal perbuatan) mereka semua bentuknya seperti malaikat Israfil.Malaikat Israfil ini setiap sehari semalam tiga kali melihat ke arah neraka.Ia merendahkan diri dan menagis sehingga lema...

Akhlak TERPUJI Nabi Muhammad saw

Image
Inilah MAKHLUK yang TERPUJI dan TERBAIK yang SEWAJARNYA dan SEPATUTNYA kita jadikan 'Roll Model' di dalam kehidupan seharian kita.Contoh yang sangat TERBAIK daripada Allah untuk hamba2nya...Mari kita tengok sikit akhlah insan terpuji dan dikasihi Allah swt iaitu Muhammad saw... Mudah2an Allah izinkan saya mencontohi akhlah kekasihNya...Insya'Allah Baginda memberi salam kepada anak2, bersenda gurau dengan mereka, bercerita, beramah-tamah sehingga mereka manja dengan baginda. Dalam rumahtangganya baginda bertindak sebagai orang biasa, memberi makan binatang ternakan, merawat dan memasukkan ke kandangnya. Baginda menyapu dan membersihkan rumah, memerah sendiri susu kambing, makan bersama2 pelayan dan pembantu rumahnya. Baginda berbelanja sendiri barang dapurnya dan membawa belanjanya. Baginda menjabat tangan orang kaya atau miskin, dewasa malah anak kecil juga. Baginda sering memulakan salam kepada sesama muslim yang dijumpainya... Baginda bekerja bersama-sama sahabatnya d...

Keluasan Neraka Allah

Image
~ KELUASAN NERAKA ALLAH  ~ Wahai saudara dan saudari ku...Diriku ingin berpesan untuk diri sendiri dan kepada kalian semua... kasihkanlah Nabi...Sayangkanlah Nabi...Kita tidak dapat lihat bagaimana kasihnya nabi kepada kita sedangkan kasihnya nabi kepada kita melebihi apa yang kita dapat bayangkan... Berselawatlah kepada baginda sebanyak2 nya kerana sesungguhnya malaikat juga turut berselawat kepada baginda... Carilah keredhaan Allah dan keredhaan Nabi..mudah2an kita tergolong di dalam ummat nabi yang beroleh syafaa't nya..Insya'Allah ikhlas aam Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa ku...

Ramadhan CEMERLANG

Image
Assalamualaikum... Sudah lama rasanya saya tak menulis di dalam blog ni...Bukan kekangan masa..cuma "MALAS" yang tiada UBATnya.Adoiiii.... Hmm....sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa..Ahlan Ya Ramadhan...Semoga kita semua beroleh kesihatan yang sempurna untuk beribadat sebanyak mungkin di bulan yang penuh keberkatan...Mudah2an Allah swt menerima puasa kita dan segala apa yg ibadat yg kita lakukan di terima olehNya..Insya'Allah.. Jom citer sikit pasal puasa...sekadar nak igtkan diri ini dan kawan2...Mudah2an...Inysa'Allah.. " Allahumma Balighna Ramadhan " Hadis Rasullulah SAW diriwayatkan oleh Al-tarmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yg bermaksud "ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan, seluruh syitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. semua pintu neraka akan ditutup dan tidak ada suatu pun pintu yang dibuka. semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. diseru " wahai orang-...