Posts

Showing posts from October, 2016

AKU KERDIL DIKALANGAN KALIAN

Aku manusia biasa di bumi ini. Aku kerdil di kalangan kalian,   Tidak mempunyai kulit yang kebal. Namun aku bukan mentimun yang mudah dipecahkan. Kerana aku dilindungi kulit berbau tanah. Aku kerdil dikalangan kalian, Tidak mempunyai tangan yang berkuasa Namun aku mempunyai tangan yang mampu berkata-kata Aku kerdil dikalangan kalian, Tidak pantas melontar kata-kata keramat, Namun aku mempunyai lidah yang mampu aku gerakkan. Kerana lidahku adalah saksiku. Aku kerdil dikalangan kalian, Tidak sempurna sebagai penghuni bumi, Namun aku berusaha menyiapkan rumah kecilku agar sempurna. Aku kerdil dikalangan kalian, Tidak kuimpikan membesar seperti kalian Kerana pemilikku lebih besar dari kalian Aku kerdil kerana aku adalah hamba Yang Maha Besar.. Aku kerdil di mata kalian.. #merpatiputih

Bila Jahil Merajai Diri

Image
Bila jahil merajai diri.. Yang Batil dikatakan suci.. Yang Hak dikatakan boleh diketepi.. Yang menegur dikatakan dajjal... Yang melihat dikatakan menyibuk.. Yang memerhati dikatakan alim.. Bila Jahil merajai diri.. Konsep Islam tidak bererti.. Amanah Nabi tidak bererti... Pesan Imam Syafie tidak bererti.. Ingatan ulamak tidak bererti.. Nasihat guru tidak bererti.. Nasihat sahabat tidak bererti.. Kerana Jahil tidak terperi... Jahil hina suatu masa... Telah diceritakan sebagai peringatan... Telah dipesan sebagai sempadan.. Telah diingatkan sebagai pegangan.. Telah dilaungkan sebagai hebahan.. Namun Jahil tetap Jahil... #merpatiputih