Pilihan Ibu Bapa atau sendiri???

~Pilihan Ibu Bapa atau sendiri???
Dilema wanita..
“Kamu jangan berkawan dengan lelaki tu lagi..mak tak suka..betul ke dia sukakan kamu...entah2 nak ambil kesempatan jer....” “Mak rasa dia tak jujur dengan kamu..cukuplah la tu...tak payah la difikirkan sangat pasal jodoh kamu..Insya’Allah pasti ada untuk kamu nanti..buat masa sekarang, mak nak kamu tumpukan perhatian kepada apa yang lebih penting dulu...” “Mak tak suka kamu berkawan dengan lelaki tu lagi..mak tak berkenan langsung...kamu jangan jumpa dia lagi..”

Inilah beberapa contoh ayat yang tak suka di di dengar kita (lelaki @ wanita ) dalam menentukan jodoh pilihan hati...Suka atau tidak jom kita tgk sikit apa kebaikan dan keburukannya..Ambil yang baik dari Allah, tinggalkan yang tak baik dari saya ye...Semoga dapat membantu mengurangkan tekanan...Banyakkan berdoa...
Jom lihat sikit fakta ini :
dunia serba moden sekarang masihkah ada jodoh pIlihan ibu dan ayah???
mestilah ada.. dulu dikatakan itu di sebab ibu bapa berfikiran kOlot..tapi bukan kolot..sebenarnya kurang pendidikan semacam kita dan keadaan sekeliling di ketika itu dan dizaman itu yang begitu berbeza dengan zaman kita...
Nak jodoh2kan anak, tapi sebenarnya mungkin zaman dulu .. anak dara duduk umah je... so bapak2.. ibu2.. perlu mencari bakal menantu untuk mereka.. kalau tidak andartu lah anak mereka dan yang paling teruknya tak merasalah mereka menimang cucu..
Tapi zaman sekarang bagaimana? Boleh pakai ke ? Jodoh pilihan ibu bapa?


kata kita dan anak muda zaman kita
 kenapa nak di carikan jodoh untuk kami?
 kami boleh cari sendiri!!
 kami ingin berkahwin dengan insan yg kami cintai!!!
 kami inginkan  pasangan  kami kenali !!!
 kenapa perlu dijodohkan dengan insan yang tidak dikenali???

kata ibu bapa kita pula
kami lebih tahu mana yang baik untuk anak2 kami !!!
kami mencari insan yg sesuai utk anak2 mereka..
kami tidak akan merosakkan masa depan anak2
kami lakukan demi persahabatan antara 2 keluarga..
kami lakukan demi perniagaan..
kami makan garam lebih dulu dari mereka...

kata anak yang taat
turuti pilihan ibu dan bapa.. terbaik untuk mereka terbaiklah utk dirinya
tidak membantah.. menerima segalanya dengan redha walaupun hati terluka..
Tapi sedihkan..?? bila memiliki kekasih hati.. namun dihalangi dan dikahwinkan dengan pilihan mereka.. “tabahlah wahai hati..bersabarlah...”
tapi sebenarnya.. apa yang berlaku telah tersurat.. dan kita Perlu menerima seadanya.. jika itu tertulis takdir untuk kita.. kita redha.. menerima ujian itu dengan rela.. insyaallah.. pasti cahaya sinar kebahgiaan bersama kita..
jika jodoh kita kite panjang mungkin itulah insan terbaik untuk kita..  mungkin pilihan ibu bapa itu lebih baik..carilah keredhaan Ibu bapa.. redha dan restu ibu dan bapa itu lebih MULIA... sebagai anak.. berikan lah kebahgian pada mereka selagi mereka ada.. dan tidak mungkin kita bisa membayar perit jerih mereka membesarkan kita..
Tapi ingat...
namun jika jodoh itu tidak panjang.. pasti ada yang tersuratnya... memberi pengajaran kepada ibu dan bapa.. bila tiada keserasian..pasti berlaku pergolakkan.. bila mana kedua2 mereka mempunyai hati yang keras.. tidak redha.. ini akan menyebabkan penceraian.. ini akn memutuskan hubungan silaturrahim dan lagi2 hubungan besan. Itu adalah didikan Allah kepada ibu bapa dan kita.Allah tidak menciptakan sesuatu itu untuk sia2....melainkan hanya untuk kita bersyukur, redha dan belajar..
“tabahlah wahai hati..bersabarlah...”

Tapi ingat...
kadang2 pilihan ibu bapa ada baiknya.. jika pilihan anak itu tidak begitu baik.. tidak mampu membimbing anak2...pasti ibu bapa tidak mengizinkan krn  ingin melihat kebahgia anak2... 
Tapi ingat...
jika kita berdegil juga menolak kata2 ibu dan ayah siapa yang perlu dipersalahkan jika berlaku permasalhan nanti sanggupkah kita menanggung kesilapan itu? jika pengakhirannya kita juga yang akan menanggung derita...tetapi siapakah yang akan memujuk kita kembali..bukankah IBUmu...?

Seberat mana mata memandang, seberat mana bahu yang memikul, selautan tomahan, segunung cemuhan yang dilemparkan kepada kita...
Ibulah yang akan turut merasakannya..malah lebih daripada apa yang kita rasakan...fahamilah ini dan jadikanlah ia seketul semangat di dalam hati kita..

Ingatlah,
Tanpa ibu
mana mungkin kita dapat melihat dunia,
mana mungkin kita mengenal si “dia”
mana mungkin kita mengenal kehidupan dunia..
Maka janganlah sesekali mengatakan TIDAK kepada ibumu...

Ingatlah...
Walaupun adakalanya pilihannya itu salah dan caranya juga salah itu adalah kerana kasihnya seorang IBU kepada ANAKNYA...selagi ianya tidak melanggar syariat agama...maka ikutilah dia (ibu).Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibumu...
Firman Allah :
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersatukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku-lah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS. Al-Lukman: 14--15)


Ingat tentang ibu kita...
dulu sewaktu kecil kita mungkin pernah atau tidak pernah teringat , jika kita susah ibulah sentiasa disisi.... jika kita nangis ibu yang pujuk.. jika kaki terluka..pasti ibu yang kerisauan.. diambil ubat. disapu dengan penuh kasih sayang.... jika kita kelaparan... ibu bersusah payah mencari sesuap nasi untuk kita.. biarpun dirinya kelaparan.. namun dia sanggup... jika kita demam.. dia buat bubur... diam tuamkan kain pada dahi... jika kita sedih.. ibu bisa menjadi pendengar...
namun... bila sudah kita dewasa ..ibu semakin tua.. mengira usia.. masihkah kita ingt???

Ingatlah...
sebagai insan di muka bumi ini.. ingatilah bahawa semua itu telah tersurat disana.. pasti Allah lebih mengetahui mana yang buruk mana yang terbaik untuk makhluknya.. Oleh itu redha dan susulilah perjalanan itu dengan redha dan tabah.. kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya.. dan semestnya Dia menyanyangi insan yang sentiasa di uji .. utk melihat tahap keimanan seseorang... kecintaan kita pada Ilahi... insyaallah. kita akan memperolehi rahmat dariNya.... bersabarlah kerana sabar itu sebahagian dari iman..

Ku ulangi kata2 ini untuk panduan saudara dan saudariku..
:- cariLah paSangan itu atas dasar agamanya.. bukan kerna pengaruhnya
:- carilah psangan itu atas dasr keturunannya.. bukan kerna pangkat darjatnya
:- carilah pasangan itu atas dasar kekayan budinya ... bukan kerna harta berlipat ganda..
:- carilah elok wajahnya .. bukan kerna rupa parasnya yg sementara 
Yang dicari walau bukan berstatus raja, biarlah berAgama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang ingin ku lamar, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Yang Dipoho RESTU IBU AYAH dan Keredhaan dari Ilahi…
Semoga diberkati ikatan ke akhir hayat nanti…

Pesananku..
Ingatlah wahai saudariku...jika di hitung pengorbanan ibu kita dengan selautan pasir pantai dan segunung tanah serta seluas langit terbentang...namun tetap tidak dapat kamu membayar walau setitis air susunya....
Redhailah ibumu dan peluklah ibumu mohon maaflah daripadanya, kasihi lah dia,dengan penuh kasih sayangmu sebagai anak dan sebagai hamba Allah kerana dirimu juga akan menyusuri jejak jalannya sebagai seorang hambaNya yang bergelar IBU...
 alias
12.30pm


Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...