ILMU + AMAL ? YAKIN + REDHA ?
ILMU dan AMAL datanglah IMAN
YAKIN dan REDHA itulah SYUKUR
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi ke ruangan yang serba ringkas ini.Moga2 bingkisan yang ringkas ini serta di kesempatan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ini dapatlah saya berkongsi sesuatu bersama anda semua agar kita beroleh manfaat untuk diri saya terutamanya dan anda semua di dalam hidup yang penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Moga2 Allah sentiasa merahmati kita semua di dalam rahmatNya serta memelihara kita daripada dosa2 fitnah dan diizinkan kita untuk menjadi jiran yang baik di syurga kelak..Insya'Allah
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, kerana kerana dengan perancanganNya lah jiwa ini beroleh ketenangan yang diharap2kan dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba2Nya.Syukur kepadaMu ya Tuhan empunya jiwa.
Benarlah kata2 nasihat yang sering kita dengar..Ilmu tanpa Amal akan hancur dan Amal tanpa Ilmu juga akan hancur atau kedua2nya adalah sia2…
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan.Seorang ulama’ telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu. Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang.
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.” Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi. Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : “Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?”
Oleh itu wahai teman2 dan sahabat2 ku serta saudara/I seagamaku, bersiap sedialah kita dari sekarang.Lihatlah apa yang telah kita lakukan dan sediakan untuk bekalan kita di sana kelak.
Hayatilah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oelh Allah kelak.”
Bersyukurlah sentiasa dengan apa yang kita miliki tanpa kita pernah bermohon dan tidak pernah kita hiraukan selama kita hidup.Yang hanya kita sering lakukan ialah dengan memohon sesuatu yang belum pasti ianya baik untuk kita..sedangkan Allah lebih mengetahui daripada kita...
YAKIN dan REDHA lah dengan setiap perkara yang berlaku atau terjadi ke atas kita sepanjang perjalanan hidup kita.Yakin dan redha itulah yang akan mewujudkan sifat syukur di atas nikmat ujian ke atas diri kita kerana itulah tanda Allah sayang kan kita...
“tabahlah wahai hati...bersabarlah yer...”
a’am
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.