Posts

Showing posts from 2020

DIA MAHA PENYAYANG | Bagaimana dengan kita?

Image
DIA MAHA PENYAYANG | Bagaimana dengan kita? KASIH SAYANG MAHA PENYAYANG   Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Mulakan dengan bismillah. Itulah yang diasuh dan diingatkan kepada kita sebagai hamba Allah yang diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Mengapa disuruh kita memulakan sesuatu dengan bismillah? Apa sebab? Ya. Jawapannya sangat mudah. Setiap perkara yang berjaya atau gagal dilakukan adalah dengan izinNya. Semuanya atas kehendaknya. Tiada satu perkara pun yang mampu kita lakukan tanpa izinNya. Tanpa kasih sayangNya. Sungguh, Dia maha pemurah lagi maha mengasihi. Sekalipun kita tidak mengucapkan terima kasih setiap kali terjaga dari kematian sementara (tidur) Dia yang Maha Pemurah dan mengasihi tetap bermurah memberi kasih sayangnya kepada semua hambaNya. Setiap hari, Dia terus memberi tanpa mempedulikan apa yang dibalas hambaNya. Kerana apa?  Kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Ya kerana sifat maha itulah, kita manusia yang seri...

KASIH SAYANG BAGINDA TERCINTA

Image
  Rasulullah SAW amat kasih dan sayang akan umatnya...  Betapa telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap umatnya.   Dakwah telah di sampaikan secara sembunyi dan terang - terangan.  Risalah dakwah yang telah di amanahkan telah di sampaikan dengan sempurna.  Apakah yang telah kita lakukan sebagai umat Rasulullah SAW.  Adakah kita telah amalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita dari sejak kita bangun dari tidur sehingga kita tidur semula.  Adakah kita telah banyak selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.  Adakah kita telah sambung kerja / usaha dakwah yang telah Rasulullah SAW dan para sahabah dan sahabiah lakukan. Andai benar kita cinta, rindu dan kasih kepada Rasulullah SAW kita akan lakukan semua itu.  Kejayaan kita adalah sejauh mana kita dapat mentaati segala perintah Allah SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita. 

BAHAYANYA BERSIKAP TALAM DUA MUKA

Image
BAHAYANYA BERSIKAP TALAM DUA MUKA Sayyidina 'Ammar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,  "Sesiapa yang ada dua muka (yang bersifat talam dua muka yang bercakap berbeza-beza dengan orang yang berlainan) di dunia, maka pada hari kiamat di dalam mulutnya akan ada dua lidah daripada api neraka."  (Riwayat Abu Daud)

MERDEKAHKAH KITA | Bebas daripada Syaitan dan Nafsu

Image
  Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan sentiasa diberi taufik dan hidayah.

KETAGIHAN YANG MENYELERAKAN | Bahaya ketagihan

Image
  Ketagihan yang menyelerakan. Jemput LIKE, SHARE DAN SUBSCRIBE. Mudah-mudahan menjadi asbab kebaikan. https://youtu.be/eabj3cci7pI  

SEMUANYA MILIK ALLAH | Mana milik kita?

Image

MENGAPA MEREKA MENGHINA RASULULLAH | Salah mereka atau kita?

Image

MENUNTUT ILMU AGAMA KEFARDHUAN BAGI SETIAP INDIVIDU

Image
Tazkirah Hari Ini... MENUNTUT ILMU AGAMA KEFARDHUAN BAGI SETIAP INDIVIDU Daripada Sofwan bin Assal RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada pencari ilmu kerana redha dengan apa yang dicari.” (Riwayat Ahmad) Sayyidina Mu’adz bin Jabal RA berpesan: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah itu lambang takut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, mengulang kajinya adalah tasbih, menyelidiknya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Ilmu adalah teman ketika bersendirian dan sahabat ketika kesunyian."

Mengapa mereka menghina Rasulullah?

  Assalamualaikum. Jemput LIKE, SHARE DAN SUBSCRIBE. Mudah-mudahan menjadi asbab kebaikan. https://youtu.be/NPm4JUcgtJc

ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT

Image
Tazkirah Hari Ini... ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT Sayyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi jenazah seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Adakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya." Lalu baginda SAW bersabda, "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani) Berdasarkan hadis itu, perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat 'main-main'. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini. Nota kaki : Kasihkan saudara kita. Ingatkan mereka. Maka selesai bahagianmu..

TERTANGGUH KERANA BERGADUH

Image

TANGGUNGJAWAB SESAMA MUSLIM

Image
TANGGUNGJAWAB SESAMA MUSLIM Daripada Sayyidina Al Barra' bin 'Azib RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW menyuruh kami untuk menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, menjawab doa orang yang bersin, menepati sumpah, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarluaskan salam." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Betapa hebatnya mereka yang memahami Islam lebih lambat daripada kita yang lahir dalam Islam. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu saudaraku. Amiinnn

BUANG SIFAT PEMBENCI JIKA INGIN BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA

Image
BUANG SIFAT PEMBENCI JIKA INGIN BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA Ganjaran besar menanti kepada orang Islam yang tidak membenci saudara yang berkongsi akidah dan agama serta kemanusiaan meskipun pernah berbuat salah dan silap kepadanya. Antara ganjaran tidak membenci manusia lain seperti yang disampaikan Anas bin Malik RA apabila Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai anakku, jika kamu mampu berpagi dan berpetang (setiap waktu) dalam keadaan hati kamu tidak berasa benci sedikit pun terhadap sesiapa, maka hendaklah kamu lakukan demikian.” Kemudian Baginda bersabda: “Wahai anakku, itulah sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku akan bersama denganku di syurga.” (Hadis Riwayat Tirmizi) Kucuba mengatasi perasaan ini. Namun aku manusia. Doakan. Ya Allah, bantulah aku. Aminn

KEAMPUNAN DITANGGUHKAN TERHADAP ORANG YANG BERGADUH

Image
KEAMPUNAN DITANGGUHKAN TERHADAP ORANG YANG BERGADUH Sabda Rasulullah SAW, "Pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampunkan segala dosa mereka yang tidak pernah syirik melainkan dua manusia yang berselisih faham lalu dikatakan kepada mereka: Lihatlah kepada dua insan ini dan tangguhkan keampunan terhadap mereka sehingga mereka berdamai." (Riwayat Muslim) Hal ini menunjukkan betapa bahaya kedudukan mereka yang bergaduh dan berselisih sehingga Allah SWT menangguhkan keampunan terhadap mereka.  Ku mohon ampun dan maaf kepada semua sahabat yang mengenaliku. Kujua memaafkan kalian sekiranya ada..

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Image
Tazkirah Hari Ini... AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENGANGKAT DARJAT KITA Bersumber daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang mana dengan sesuatu itu Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosamu dan dengan sesuatu itu pula Allah SWT akan mengangkatkanmu beberapa darjat?" Para sahabat menjawab, "Baiklah wahai Rasulullah.” Baginda SAW bersabda, "Iaitu menyempurnakan wuduk daripada hal-hal yang makruh, memperbanyak langkah ke masjid dan menantikan solat selepas solat. Maka itulah yang dinamakan Ar Ribath (mengikat diri dalam ketaatan)." (Riwayat Muslim)

KITA BELUM CUKUP BAHLUL

Image
KALAU BERASA HEBAT BACA NI SEBAB KITA BELUM CUKUP BAHLUL LAGI. Jangan sombong. Tumbang. Pada suatu ketika Syeikh Junaid Al-Baghdadi keluar ke Kota Baghdad bersama dengan beberapa muridnya, Lalu Syeikh Junaid bertanya kepada muridnya apakah mereka kenal si Bahlul. Muridnya menjawab, “Si bahlul tu adalah orang gila." “Tolong cari dia, aku ada keperluan dengannya.” Kata Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Murid muridnya lalu mencari si Bahlul dan bertemu dengannya di gurun, Mereka lalu menghantar guru mereka Syeikh Junaid ke tempat si bahlul. Ketika Syekh Junaid mendekati si Bahlul, beliau melihat si Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok. Syeikh Junaid kemudian memberikan salam. Dan si Bahlul menjawab salam dan bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?” “Aku adalah Junaid Al Baghdadi” kata Syeikh Junaid. “Apakah engkau si Abul Qasim?” Tanya Bahlul. “Ya” Jawab Syeikh Junaid. “Apakah engkau Syeikh Baghdadi yang memberikan petunjuk rohani kepada ramai o...

COVID 19 : HEBATNYA PENCIPTA

HEBATNYA PEMILIK DUNIA. Segalanya terlihat Dari hal yang besar Jelasnya hingga yang kecil Melihat guru Melihat pelajar Melihat pemimpin Melihat rakyat Melihat si kaya Melihat si miskin Melihat ustaz Melihat ilmu Melihat suami Melihat isteri dan anak² Melihat kedegilan Melihat ketakutan Melihat pejuang Melihat pengecut Tidak kurang pemfitnah Hanya kerana seekor haiwan sekecil 125nm. Hebat perancanganNya. Duduk dirumah, mulakan segala kebaikan. Bersihkan hati, bersihkan penglihatan. Nukilan aam | 26 April 2020 www.abidkuberbicara.blogspot.com @bicaraku : Indahnya Kata-kata

BALA DAN TAUBAT

Image
Bala itu diturunkan kerana dosa. Ia turun bagi mengingatkan bahawa banyaknya dosa yang telah dilakukan. Bahkan bala juga turun bagi mencuci dosa-dosa yang telah dilakukan oleh penghuni bumi. Bala ditimpakan ke atas semua umat manusia. Sama ada ia beriman atauntidak beriman. Mengapa? Pastinya kerana kita manusia adalah milikNya yang hak. Kita adalah manusia yang sama fitrah kejadiaannya. Sudah pasti ingat mengingati perlu. Yang berilmu panjangkan ilmunya bukan mencari utamanya mencari rezeki dgn ilmunya. Manakala yang berkuasa menguatkuasakan undang² sesuai dgn perintah daripada yang Empunya dunia. Malangnya, di saat usia bumi tersisa ini, manusia seakan terlupa tugas mereka. Semakin rakus mengejar dunia. Walaupun kelihatan rupanya indah laksana penghuni syurga, namun setelah diuji maka hilanglah cahayanya. Saat dia dihina kerana kekurangannya, sebaliknya berlaku. Begitulah yang dikhabarkan oleh kekasih Allah saat tibanya akhir zaman. Saat ini, PKP diperintahkan oleh penguas...

JUBAH HITAM ITU RAHSIA YANG DIKETAHUI

JUBAH HITAM Jubah hitam itu pemberian ibuku Teruja melihat aku memakainya Itulah jubah pertamaku Yang dibelikan oleh ibuku Saat keinginan  merajaiku Tidak kupinta tetapi sifat ibunya Mengetahu i  rahsia Di a   i buku Di saat aku diuji Ibu tidak pernah membenci Tetap sabar dengan riak tenang Ditelan hinaan dengan senyuman Sesekali marahnya kerana kekurangan Isteriku Tidak membelakangiku Mulutnya dijaga saat aku dihina Hatinya membatu saat diuji manusia Matanya dipejam saat kisah dibicara Telinganya mendengar tanpa suara Itulah isteriku penghuni syurga HAIRAN Sungguh, gunung itu bukti yang jelas. Manusia itu bukti yang nyata. Haiwan itu bukti yang terang. Alam itu bukti yang terpampang. Mengapa masih ingkar. aam 18 Mei 2017