Istimewanya wanita

Perbualan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (sms) dan amat bermakna....mengajar secara tidak langsung tanpa sedar.Itulah didikan Allah melalui cara yang manusia tidak dapat ketahui...kerana sesungguhnya manusia itu cetek ilmunya...terima kasih duhai sahabat..
bezanya seorang lelaki dan perempuan bercakap tentang masak untuk pasangan bila sudah berkahwin :
hakim : boleh je memasak..sedap tu tak la sangat...janji boleh kenyang.Awak pandai masak?
ernie : Boleh la jugak tapi sedap tu tak pasti la..tapi saya akan masak dengan penuh kasih sayang walaupun masak telur goreng je..."
Ringkas jawapan..tetapi itulah hakikat seorang wanita..kasihnya bagai air yang mengalir tenang..sayangnya bagai angin yang menghebus halus melewati tubuh.begitu pandai menghargai sesuatu yang dikasihinya...
Teringat dengan kata2 hukama :
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Tidak perlu seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar
Mengapa mengaharap teman setampan Jusoh
Jika kasih tidak setulus Zulaika
Mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah
Andai diri tidak sesempurna Rasulullah salallah hu a’laihiwassalam.
Wahai diriku dan lelaki kaum yang sejenisku...
Hormatilah wanita dan pasti dia akan lebih menghormatimu..
Kasihanilah wanita dan pasti dia juga akan lebih mengasihanimu..
Sayangilah wanita dan pasti dia juga akan lebih menyayangimu..
Belailah wanita dengan prihatinmu dan pasti dia juga akan lebih prihatin kepadamu..
Berilah hak kepada wanita dan pasti dia akan lebih menjaga hakmu...
Dengarkanlah ceritanya...dan pasti dia akan lebih mendengar ceritamu..
Ingatlah wahai diriku dan sahabatku..
Jangan disakiti wanita kerana pasti dia juga akan lebih menyakitimu..
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki,
Tanpanya maka bermalamlah di dalam kegelapan..
Tanpanya juga hilanglah kecerahan di siang hari...
Tanpanya juga tiadalah perhiasan di dunia kerana sebaik2 perhiasan di dunia adalah wanita yang soleh...
“Peliharalah wanita supaya ianya menjadi hiasan terbaik di dunia bukan membiarkannya menjadi rupa yang buruk di dunia...”
a’am
8.45 am
15/06/2011
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.