Sekiranya

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi ke ruangan yang serba ringkas ini.Moga2 bingkisan yang ringkas ini serta di kesempatan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ini dapatlah saya berkongsi sesuatu bersama anda semua agar kita beroleh manfaat untuk diri saya terutamanya dan anda semua di dalam hidup yang penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Moga2 Allah sentiasa merahmati kita semua di dalam rahmatNya serta memelihara kita daripada dosa2 fitnah dan diizinkan kita untuk menjadi jiran yang baik di syurga kelak..Insya'Allah

Baiklah tajuk saya kali ini...
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi...

Ermm....inilah yang sering manusia tewas untuk di dalam menghadapinya di dalam kehidupan seharian.Setiap kelebihan yang diberikan oleh Allah adalah untuk menguji hambanya.Supaya hambanya bersyukur dan mempergunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin.Bukan dengan bermegah2 dan bangga diri serta menindas orang lain di atas kelemahan mereka.Itu menjadikan kita kufur dengan nikmat dan kelebihan yang Allah kurnia kepada kita..
Sebagai contoh yang baik, kita tengok ikon superhero spiderman berpegang pada suatu nilai menarik.Dengan kelebihan luar biasa yang ada padanya dia mampu bergayut-gayut di kota New York menggunakan jaring ajaib, membelasah penjenayah, merangkak pada dinding bangunan. Spiderman juga tekenal dengan kekuatan dan kepantasan yang tiada taranya.[jangan tiru aksi ini di rumah] Dia mempunyai kelebihan yang memang hebat.Tetapi mari kita lihat apakah nilai yang dipegangnya...?
seperti di dalam filem kita faham...dia berpegang kepada prinsip "With the power comes great responsibility." Dia sedar kenapa dia mempunyai kelebihan.Untuk memikul tanggungjawab.
Jadi kelebihan tidak menjadikan seseorang itu bangga diri, sebaliknya sedar kelebihan itu ialah anugerah dan sumbangan yang perlu dikembalikan kepada masyarakat.
Oleh itu benarlah, sekiranya kelebihan yang dimiliki seseorang itu seluas lautan maka kerendahan hatinya perlulah selebar bumi...
Tiada ruginya dan tiada la kurangnya kelebihan itu..bahkan ianya memberi manfaat yang sangat besar kepada semua orang.

"The more you give the more you will get back..."

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...