Kisah sebuah tanah...

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi ke ruangan yang serba ringkas ini.Moga2 bingkisan yang ringkas ini serta di kesempatan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ini dapatlah saya berkongsi sesuatu bersama anda semua agar kita beroleh manfaat untuk diri saya terutamanya dan anda semua di dalam hidup yang penuh pelbagai dugaan dan cabaran.Moga2 Allah sentiasa merahmati kita semua di dalam rahmatNya serta memelihara kita daripada dosa2 fitnah dan diizinkan kita untuk menjadi jiran yang baik di rga kelak..Insya'Allah







Kisah sebuah tanah.

Di suatu tempat di bumi Allah yang begitu luas, wujudkan sebuah tanah yang tandus.Diciptakan begitu oleh Allah kerana itu adalah urusan yang Maha Esa.

Pada awalnya tanah itu begitu subur dan begitu meriah dengan kehidupan warna warni tumbuh-tumbuhan di atasnya serta haiwan2 kecil yang hidup bersama.Semua itu adalah ciptaan Allah untuk keindahan ciptaanNya.Segala benda yang berada di atasnya pasti akan berasa gembira kerana mereka dapat apa yng diperlukan oleh setiap mereka yang hidup.Tibalah suatu masa apabila tanah itu dimiliki oleh seorang hamba Allah yang ingin mengusahakan sesuatu di tanah itu. Tanah itu bersetuju untuk berkhidmat dengan tuannya.Hamba Allah itu pula berjanji akan mengusahakan tanahnya itu supaya beroleh hasil yang baik untuk kehidupannya di masa akan datang.Tanah yang diperolehinya itu sangat bertuah dan bernilai.Hamba Allah ini begitu gembira dan bermulalah kehidupan baru tanah itu dengan tuannya yang baru.Tanah perlu patuh dan mengikuti segala arahan dari tuannya.Tanah perlu sentiasa pastikan dia menyerap segala air hujan untuk suburkan tanaman yang di tanam oleh tuannya.Tanah itu juga perlu sentiasa bersedia dengan segala ancaman dari luar dan juga ujian sekeliling serta hukum alam.Tanah sentiasa akan berkhidmat untuk tuannya selagi tertera pada geran nama tuannya yang dia adalah milik tuannya.

Setelah beberapa purnama mengusahakan tanahnya itu.Hamba Allah itu mulai bosan kerana tanahnya itu terlalu polos kerana hamba Allah ini perlukan tanah yang tahan untuk di tanam dengan segala jenis tumbuhan.Tahan dengan keadaan tuannya yang kekadng mulai lalai untuk menjaganya dan yang paling menghimpit tanah itu sendiri ialah tanah terpaksa bertahan dengan tomahan orang-orang sekitar yang mengatakan tanah ini terlalu polos dan tak tahan untuk diusahakan dengan menggunakan baja2 kimia dan juga bahan2 yang lain untuk meningkatkan pengeluaran.Dia juga mulai malu dengan rakan2nya yang lain.Hamba allah itu mula lupai diri, tidak lagi bersyukur dengan apa yang dimilikinya selama ini dan dia mula mencari tanah yang lain untuk kepentingan dan kepuasaan dia sendiri di dalam mengejar kemewahan duniawi.Walaubagaimanapun tanahnya itu hanyalah sebidang tanah yang kecil dan berada di kawasan agak pedalaman.

Demi Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi tidaklah terlepas dari segala cubaan dan dugaan.Begitu juga dengan hamba allah yang memiliki tanah itu.Akibat bosan dengan tanah yang diusahakannya itu, akhirnya dia buat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih baik dan dapat memberikanya kepuasan ketika mengusahakannya.Dia juga berharap tanah yang bakal dimilikinya ini dapat bertahan dengan segala jenis tumbuhan yang bercampur-campur dan tahan serta boleh mengikuti perubahan sekelilingnya. Akhirnya tanah yang diusahakan selama berberapa purnama itu ditinggalkan juga kerana memenuhi nafsu ketamakkannya. Hamba Allah ini telah lupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah kepadanya. Namun tanah itu tetap meneruskan kehidupannya dengan perlahan-lahan menyerap air hujan dan melawan segala cubaan dan dugaan dari hidupan yang hidup disekelilingnya.Tanah itu cuba untuk hidup dengan subur tanpa tuannya.Sedikit demi sedikit dengan keyakinannya terhadap sang penciptanNya..tanah terus sabar dan tabah menjalani kehidupannya.

Beberapa purnama berlalu, ramai juga hamba Allah yang datang melihat2 tanah tersebut tetapi kebanyakkannya telah memiliki tanah sendiri.Ada yang ingin membeli sekadar untuk di buat asset dan ada juga yang sekadar sekadar bertanya. Melihatkan keadaan tanah yang subur walaupun keluasan yang kecil ramai yang cuba untuk membelinya.Walupun begitu sehingga kini masih tiada siapa yang dapat membelinya.Sehinggakan ada seorang hamba Allah yang hampir2 untuk membelinya tetapi malangnya hamba Allah itu tidak begitu yakin untuk mengusahakan tanah itu kerana dirinya yang tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.

Kini tahun telah berganti tahun, tanah itu masih bersendirian tanpa tuan, tibalah sehingga suatu hari tanah itu cuba di miliki oleh seorang hamba Allah yang lainnya.Tanah berasa gembira bercampur baur kerana risau akan berlaku seperti tuan lamanya dan tanah juga lebih risaukan dirinya yang sudah begitu lama dibiarkan, takut dirinya tidak dapat memberikan hasil yang baik kepada tuan barunya kelak.Tanah mengharapkan tuannya faham keadaaan dirinya dan mengharapkan tuannya dapat menjaganya sehinggalah keadaan sudah kiamat. Kelihatan seperti ingin membeli tanah tersebut tetapi masih ada yang menghalangnya kerana pembeli kali ini juga tidak begitu yakin untuk mengusahakan tanah tersebut kerana dia merupakan seorang yang agak sibuk dan sukar untuk memfokuskan kepada dua perkara dalam sesuatu masa.Sehingga kini dia masih belum berani untuk membuat keputusan.

Sehinggalah pada suatu masa yang ditetapkan oleh Allah, seorang hamba Allah yang bersiar-siar di kawasan di mana tanah itu berada, terlihat dia akan keadaan tanah ini yang begitu daif dari luarannya tetapi cukup subur jika dilihat dari luar penglihatan fikir si hamba allah yang daif itu.Dia melihat keadaan tanah itu yang begitu baik walaupun di sekelilingnya terdapat sedikit semak samun yang menjalar, tanah itu masih dalam keadaan sempurna pada dasarnya.Dia melihat seolah-olah tanah ini bersembunyi disebalik semak2 kecil. Setelah lama berfikir dan melihat keadaan sekeliling, hamba Allah ini menceritakan hasratnya untuk membeli tanah itu. Tetapi sehingga kini tanah masih tetap tidak memberikan jawapan untuk berkhidmat….tanah masih menantikan seseorang yang tanah itu juga belum pasti akan bertemu…tanah berharap dengan penuh kesabaran dan yakin dengan sang PenciptaNya…

Kini tanah masih lagi bersendirian dan meneruskan kehidupannya. Hamba Allah tadi masih tidak berputus asa dan dia yakin pasti suatu hari nanti dia akan memiliki tanah itu.Dia tekad dan berazam akan memiliki tanah itu.Oleh kerana harapannya begitu tinggi terhadap tanah itu.Maka setiap hari hamba Allah ini akan menggembur tanah tersebut sidikit demi sedikit.Ada kalanya dia akan membuang tumbuh-tumbuhan yang menjalar di atas tanah itu supaya tanah itu kelihatan sentiasa bersih dan lapang.Setiap hati juga hamba Allah ini akan terus menyirami air di setiap sudut dengan harapan tanah itu akan semakin subur dan bertambah kuat tahannya.Hamba Allah ini terus menanti dengan penuh kesabaran dan setiap hari dia pasti akan berdoa supaya dia dapat memiliki tanah tersebut untuk di jaga, di usahakan sebaik mungkin dan mengharapkan keredhaan Allah terhadap apa yang diusahakannya itu di berkati oleh Allah….

Sehingga kini tanah itu masih lagi tidak bertuan dan tanah itu masih tetap subur dan terus hidup dengan penuh kesabaran…..

Pembeli itu juga terus menanti dan menanti sehinggalah satu masa yang dijanjikan oleh Allah untuknya….

Inilah kisah sebuah tanah yang masih belum ada pengakhiran ceritanya …………….

Tanah yang memerlukan jagaan dari seorang hamba yang diutuskan oleh Allah yang terus sabar menanti dan terus sabar berdoa...


“Segala ketentuan adalah dari Allah kerana perancanganNya adalah yang terbaik untuk hambanya”

Sabda Rasulullah saw :

"Janganlah kalian berkecil hati dalam berdoa, karena Allah SWT telah berfirman "Ud'uni astajib lakum" yang artinya berdoalah kamu kepada-Ku, pasti aku mengijabahnya).

Firman Allah : Al-Anbiyaa'

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّ‌ۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨٨)

88. Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.


a'am





Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...