Fikirkan


Jika hari ini awak merasa sedih,

Fikirkan pula kesedihan ayah ibumu tentag dirimu

Jika hari ini awak rasa terhina,

Fikirkan mereka yg dihina kerana kemiskinan mereka

Jika hari ini awak rasa sakit,

Awak fikirkan mereka yang tak pernah merasa sihat

Jika hari ini awak katakan yang tidak baik

Awak fikirkan seseorang yang tidak dapat berkata2

Jika hari ini awak mengeluh tentang suami dan isterimu

Awak fikirkan seseorang yg terus memohon untuk diberikan pendamping hidup

Jika hari ini awak mengeluh tentang hidupmu yang sukar,

Awak fikirkan mereka yang telah meninggal di usia muda

Jika hari ini awak mengeluh tentang anakmu

Awak fikirkan seseorang yang terus memohon kepada Allah untuk mempunyai anak

JIka hari ini awak terasa ujian terlalu berat bagimu…

Awak fikirkan sejenak Rasulullah kita

Jika hari ini awak rasa ujian untukmu tidak pernah berhenti

Senyumlah wahai sahabat dan bersyukurlah..

Itulah tanda Allah ingatkan kita dan sayangnya kepada kita…

Jika hari ini awak sia2kan nikmatNya…

Jangan awak lupa Allah tidak pernah lupa…


Lupakanlah segala resah, lelah dan bebanan yang ada…

Hiruplah segala ujian itu dengan keyakinan dan bertawakal lah kepada Allah..

Telanlah segala kepayahan hidupmu dengan air zikir kepada Allah

Bersyukurlah dengan segala ketentuan daripadaNya…

Itulah nikmatnya ujian daripada Allah…

Kelebihan burung pada kepaknya..

Kelebihan gajah pada kekuatannya

Kelebihan manusia pada AKALNYA…

Itulah NIKMAT paling BESAR untuk hambaNya.

Ikhlas dari sahabatmu,

aam

Comments