'DIET' untuk SIAPA...
Assalamualaikum kepada semua pembaca.Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan ringkas dari saya yang masih belajar di dalam mencari haluan kehidupan sementara menuju ke jalan pengakhiran.Insya’Allah, moga2 usaha yang kecil ini diperlihatkan Allah untuk diriku dan rakan2 semua di negara Akhir kelak...Insya’Allah...semoga Allah merahmati kita semua di dalam rahmatNya..
Baiklah, cerita saya kali ini tentang DIET..Ramai diantara kita termasuk saya juga ber ‘diet’.Untuk apa..? Pasti jawapannya untuk memulihkan badan yang semakin kembang...hahaha...untuk kelihatan semakin cantik...atau untuk Pemberi Rezeki kepada kita iaitu Allah swt...Apakah jawapan kita untuk ber ‘diet’ sebenarnya....Soalan yang cukup mudah tetapi jawapan yang diberikan mestilah bermakna...Begini yang cuba saya maksudkan...Mohon Allah permudahkan pemahaman dan penerangan saya..Insya’Allah..
Manusia nie setiap seorang..Allah dah tetapkan jumlah setiap makanannya...bermula dari dalam perut ibu telah ditetapkan sehinggalah ia menghembuskan nafas terakhir...telah Allah tetapkan dan cukupkan rezeki setiap hambaNya...Cuma manusia nie iaitu saya sbg contohnya sering kufur dengan nikmatNya..mari lihat 2 perkara yang sering dilakukan oleh MANUSIA...
1. Kekadang manusia nie suka membazir dan terlebih makan pada kadar yg ditetapkan,betul tak...? Cuba kita lihat..ada dikalangan kita yang bila umur mencecah 35 ke atas dah mcm2 benda tak boleh di makan..pantang dan memang tak boleh makan...sebab apa...?kekadang...allah tarik nikmat itu sebab jumlah sepatutnya telah digunakan lebih awal dari sepatutnya iaitu semasa sihatnya...dan kekadang tu dia kufur dgn nikmatnya.Nabi pernah berpesan..berhenti sebelum kenyang..dan makan ketika betul2 lapar jer...
2. Tetap jika yg diet sbb nak cantik pun tak boleh...sbb niat dah salah.kecantikan utk suami sahaja bukan untuk diperagakan.Maksudnya jika ia ber ‘diet’ kerana ingin kelihatan cantik di mata suami nya itu tidak mengapa tetapi bukan kerana untuk kelihatan cantik dan dipuji oleh org lain [bukan mahram] jika kerana ini maka...tak betul la dietnya...sebab tu nak cantik pun kekadang sampai hati tak tenang...Contohnya, suba tengok contoh kat tv dan majalah nak slim punya pasal sampai sampai sanggup berabis beribu ringgit dan lupa akan aurat dan batasannya.Contoh : Bila badan besar,kembang la...buncit la..mulala rasa malu kan..So masa tu cover la bentuk badan tu dan bertudung..sbb apa...? malu kan..?Tetapi bila dah kurus...emmm...tudung terbang...pastu possing maut...kan free2 jer suami dapat bahagian...tubuh yg cantik utk hidangan ramai2...uikk....kan tak bagus macam tu...Datanglah rasa bangga bila di puji dan puja...bukan suami jer suka...kawan2 pun tumpang suka...walaupun mereka tiada niat yang bukan2..tetapi hukum tetap hukum...sebab niat manusia nie kita tidak boleh membacanya dan nafsu ni tidak kira siapa....betul kan....
Ber ‘DIET’ lah kerana Allah kerana itu adalah yang terbaik untuk kita semua.Itulah tandanya kita bersyukur dengan nikmatNya dan itulah yang diajarkan oleh Rasul kita.Jangan membazir kerana rezeki yang kita perolehi itu adalah sebahagiannya untuk mereka yang miskin...makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang...
Fakta pelik :
Mengapa dihidangkan makanan yang sedap2 kepada pemimpin jika di hari perkahwinan dan majlis2 tertentu..sedangkan mereka semua kekadangnya hanya makan terlalu sedikit kerana menjaga badan atau berpenyakit....
Sedangkan orang2 biasa dihidangkan makanan yang biasa-biasa sahaja..tetapi kita makan dengan begitu selera....bagaimana mereka yang langsung tidak pernah merasa makanan seperti kita yang biasa2..apatah melihat makanan2 untuk pemimpin tersebut...hmmm...sekadar tertanya2...mohon maaf...
“Jika kita semua mengambil bahagian dalam apa yang di suruh Allah dan di ajarkan oleh nabi..pasti orang-orang miskin tidak kelaparan....”
Cukuplah setakat ini dulu...yang baik ambillah sebagai ilmu dan yang tak baik mohon diberi teguran...Insya’Allah moga2 Allah izinkan kita terus bertemu di majlis ilmu cyber ini...
aam
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.