Guru Oh Guru...

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.





Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
Puisi ini khas ditujukan untuk semua guru-guru di Malaysia.
Khusus untuk guru-guru yang telah mendidikku dengan penuh kesabaran.

Khas buat guru2 SKBTB Terengganu yang mendidik saya dari tahun 1989 - 1993.

http://www.facebook.com/group.php?gid=30990402013&v=wall#!/group.php?gid=260642066743

Khas buat guru2 SK Sri Selama,Perak yang mendidik saya dari tahun 1993 - 1994

http://www.facebook.com/pages/SK-SRI-SELAMA/336152938750?ref=ts

Khas buat guru2 SMKDHH yang mendidik saya dari tahun 1995 - 1999

http://www.facebook.com/group.php?gid=30990402013&v=wall

Terima kasih cikgu kerana sudi mendidikku dengan penuh kesabaran.Ku mohon kepada Allah semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah dan beroleh keberkatan di dunia dan diakhirat.Walaupun kita tidak lagi berjumpa di dunia...Insya'Allah semoga Allah izinkan kita me...njadi jiran di syurga kelak...

Terima kasih cikgu...

aam

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...