Hidup di dalam kehidupan

Assalamualaiku kepada pembaca.Ku doakan semua kalian semua senantiasa di dalam rahmat Allah dengan rahmatNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita iaitu Muhammad Sallahu'alaihiwasallam.Semoga kita diizinkan oleh Allah untuk mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad di ahkirat kelak..Insya'Allah.

Baiklah rakan2, kali ini saya ingin membawa anda semua mengenai sebuah cerita di sebalik sekeping gambar.Mungkin ianya hanya sekeping gambar kepada anda yang tidak gemar akan lukisan tetapi bawalah hati anda ke dalam lukisan untuk seketika.Letakkan diri anda di dalam lukisan itu.Sebuah gambar mampu membawa seribu maksud. Sebuah lukisan boleh ditafsirkan dengan bermacam-macam cerita.

Lukisan ini menyedarkan saya betapa beruntungnya saya mempunyai keluarga yang prihatin dan menjaga saya dengan teliti sehingga dewasa. Walaupun saya lahir bukan dikalangan keluarga berada tetapi saya tetap bersyukur. Lukisan tersebut seolah-olah hidup. Meminta simpati. Menunjukkan kasih sayang yang mana kita selalu mengabaikannya.Kita sering merasa hidup tidak sempurna. Itu kurang ini kurang. Penuh keluhan. Jarang sekali kita bersyukur.
Bagaimana jika kita yang menerima nasib sebegitu? Apakah yang kita akan lakukan untuk menikmati hidup? Hidup dijalanan tanpa kemewahan tanpa kasih sayang? Terbiar dan terdedah kepada segala macam bahaya? Benar ia sekadar sebuah lukisan di atas kertas atau kanvas. Benar ia sekadar imaginasi.Tetapi kisah itu memang wujud. Memang ada yang hidup dijalanan. Memang ada yang menderita.Sesungguhnya lukisan ini mengajar erti hidup dan kasih sayang yang tidak ternilai harganya.Sememangnya kemiskinan itu susah tetapi kasih sayang melangkaui kemiskinan. Kasih sayang yang sebenar-benarnya. Keikhlasan dalam hidup.

Islam itu cukup indah dan pelengkap kepada seluruh kehidupan manusia di dunia ini.Persoalan saya di sini....

Kita mempunyai begitu banyak pakar dalam pelbagai bidang.Tetapi kenapa dan mengapa serta sebab apa masih lagi ada keadaan begini, jika ianya tidak seteruk ini sekalipun kita tahu masih lagi ada rakyat yang begitu daif hidupnya...dimana pakar2 kita yang bijaksana..apakah tiada jalan penyelesaian untuk ini...Bukankah Allah menyuruh kita yang mempunyai harta yang banyak supaya di zakatkan...mengapa..?

Firman Allah : Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.

Surah Al-Baqarah : 215

Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan[1171]. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridhaan Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung.

Surah Ar-Ruum : 38

Semoga dengan catatan ringkas ini, dapatlah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.Carilah keredhaan Allah dengan berzakat ke atas harta yang kita perolehi.Semoga Allah merahmati kita semua..Insya'Allah

aam

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...