Aku seorang lelaki biasa


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana dengan RahmatNya lah diri ini masih lagi mampu untuk menghirup udara yang diberikan olehNya tanpa sedikitpun kurangnya setiap hari sehinggalah ke hari ini...Syukur kepadaNya juga kerana dengan RahmatNya jugalah tangan ini masih mampu untuk menulis sesuatu di ruangan ini..syukur kepadaNya juga kerana dengan izinNya dan RahmatNya jugalah mengizinkan IlmuNya untuk diri ini gunakan di ruangan ini..
Syukur yang tidak terhingga kepadaMu ya Rabb..kerana diri ini sering melakukan kufur kepadaMu sering sahaja melupakanMu..namun Engkau masih mengasihani diriku dan hamba2Mu yan lain...Sesungguhnya benarlah Engkau adalah Allah yang Maha Agung, yang Maha Pengasih dan Penyayang...Rahmatilah akan daku ya Allah...Jangan lah diabaikan diriku dariMu walau sekelippun....Terima kasih ya Allah...

Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata untuk diriku mengingati Allah dan kepada saudara dan saudari ku yang tidak ku kenali atau yang ku kenali...semoga dengan kesempatan yang diizinkan olehNya dapat lah diri ini untuk berkongsi Ilmu Allah yang dipinjamkan kepada diriku..

Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..

Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian

Wahai diriku, wahai sahabatku,
Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap solatku bersama dengan mu dan anak-anak.. Aku menjadi imammu dan kau makmumku.

Aku hanya seorang lelaki biasa...
Banyak perkara yang ingin kuperkatakan, namun begitu kelu lidah untuk berkata-kata dan begitu lemah diri untuk bersuara...Namun ku masih menanti dan berharap agar Allah memberi peluang dan ruang suatu hari nanti untuk ku...Ku pasti dan yakin kerana Allah Maha perancang yang terbaik.

Aku hanya seorang lelaki biasa..
Banyak benar perkara yang ingin ku luahkan, tetapi begitu sukar untuk di luahkan.Terasa beban yang ditanggung akibat keputusan sendiri begitu berat dan tidak terpikul rasanya...namun tiada siapa yang dapat melihat walau dari dekat sekalipun..Diri ini tetap berharap agar suatu hari nanti mereka akan faham dan dapat melihat walupun dari jauh..Insya'Allah kerana ku yakin dan percaya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..

Aku hanya seorang lelaki biasa...
Kehidupan adalah satu pilihan dan pilihan adalah pengajaran..
Pengajaran mendidik kematangan dalam membuat pilihan...namun sering pilihan di buat tanpa cara kebijaksanaan akal, tetapi dengan perasaan....itulah yang sering dilakukan oleh MANUSIA...

Hakikatnya tiada siapa yang boleh lari dari masalah. life is to solve problem..-hidup memang untuk menyelesaikan masalah ! Kematian, perbalahan, kegagalan, kesakitan, kesempitan, kekecewaan, penyesalan dan kesempitan hidup akan terus melanda kita. itulah peraturan hidup. Rules of life yang tidak mungkin akan dimungkiri dan dielakkan. cuma bagaimana kita berdepan dan menanganinya..itulah cabarannya...
Ya..inilah yang ingin diri ini perbetulkan...cuba selesaikan masalah..namun di mana ingin ku mencari kekuatan untuk selesaikan...teringat kata2 hukama..

"Jika semua usaha telah dilakukan dan tiada jalan lain lagi, maka baliklah kepada Allah..kerana semua yang hadir adalah darinya juga maka kepadaNya jugalah semuanya akan kembali..."



Ya Allah...
Ku mohon kepadaMu, permudahkanlah segala urusanku..
Perkenankanlah doaku..
Perkenankanlah doa kedua Ibu Bapa ku..
Perkenankanlah doa sahabat2ku...
Perkenankanlah doa2 mereka yang ku sayang..
Perkenankanlah doa2 mereka yang teraniaya kerana kelemahanku..
Ampunkalah dosa2ku ya Allah sekiranya aku menganiaya hambaMu yang lain..
Temukanlah aku dengan mereka sebelum MalaikatMu datang menjemputku...
Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih..
Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
Dengan RahmatMu ya Allah...
Terimalah doaku..
Hambamu..



Seorang lelaki biasa..
 




Comments

  1. You came up with an innovative post reflecting each and every single point in a very clear and concise manner.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.