Ciptaan Allah anugerah buat kita
Assalamualaiku...
Ciptaan Allah yang terbaik adalah KITA iaitu MANUSIA...Dari Nabi Adam lah kita bermula dan dari Hawa la kita diperlihatkan ke dunia..dan kerana yang Maha Pengasih dan Maha Penyayanglah kita masih diizinkan untuk menikmati hidup sehingga ke hari ini.Dialah Allah subhanahuwataala...Yang Maha Agung dan Yang Maha Penyayang...Ku mohon ampun dan maaf wahai Allah di atas kekhilafan ku kepadaMu...Ampunilah akan dosa2ku dan dosa kedua ibu bapaku serta mereka yang amat kusayangi...
Anugerah Allah kepada kita begitu banyak dan tidak mampu kita hitung sekalipun di beri kehidupan 1000 tahun lamanya..Sesungguhnya tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.
Satu lagi nikmat yang dikatakan satu anugerah buat kita yang sangat istimewa. Iaitu anugerah ANAK...anak yang menjadi penyambung generasi sesebuah keluarga.Anak yang menyambung warisan harta dan sifat diri ibubapanya...Lihatlah nikmat dan anugerah ini...begitu besar dan TIADALAH sesuatu makhluk pun yang mampu lakukannya melainkan ALLAH swt....Kasihanilah anak2 dan peliharalah sebaiknya..besarkanlah dengan kasih sayang walaupun diri kita sibuk mencari bekalan untuk mereka..tegurlah mereka demi masa depannya dan belailah dia apabila mereka rasa keseorangan....kerana manusia lahiriahnya begitu. Setelah 9 bulan di temani ibunya di dalam rahim maka lahirlah kedunia.Membesar sehingga di akhiri hidupnya bertemankan makhluk lain darinya di alam yang berbeza dari manusia...
Pandanglah wajah2 anak kita sentiasa dengan penuh kasih sayang....
Berdoalah untuk mereka sentiasa agar kita juga didoakan kembali dari mereka....
Sayangilah mereka dengan sepenuh hati kerana mereka adalah ANUGERAH ALLAH YANG TERINDAH....

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.