TUDUNG?


1. TUDUNG PADA WAJAH
Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2. TUDUNG PADA MATA
Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kapala lalat kerana takut akan Allah.”(Riwayat al-Dailami)

3. TUDUNG PADA SUARA
Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud: “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.”( Surah al-Ahzab 33:32)

4. TUDUNG PADA HATI
Hatinya terpaut mengingati Allah. Insya-Allah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.

AURAT HATI
‘aurat di hati’ juga patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah, aurat di hati ini jauh lebih penting dijaga daripada aurat di badan. Maksudnya, hati jangan liar; hendaklah dijaga selalu.


almumtahanah _0800

Comments