HUKUM POLIGAMI



HUKUM BERPOLIGAMI
Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (surah An-Nisa’ 4:3)
Sungguhpun begitu, hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makhruh atau haram bergantung kepada individu, keadaan dan suasana yang dihadapi.

i) SUNAT
hukum terpakai apabila seorang lelaki memerlukan tambahan isteri. Misalnya, kerana dia tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan dia memerlukan anak. Pada  masa yang sama dia berasa mampu berlaku adil. Hukum poligami ketika itu adalah SUNAT. Poligami dalam situasi ini akan member manfaat kepada keluarga tersebut. Ia mempunyai maslahat dari segi syarak.

ii)MAKRUH
sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan mendesak, tetapi hanya untuk mencari keseronokan hawa nafsu semata-mata dan si lelaki sendiri dalam keadaan syak(50% yakin, 50% ragu) akan kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Hukum poligami ketika itu adalah MAKRUH. Dikhuatiri, apa yang dibimbangkan ini akan membawa kemudaratan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.” (Riwayat al- Bukhari)

iii)HARAM
jika seseorang lelaki ingi berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya (boleh jadi kerana kemiskinan, kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat buruk yang boleh memudaratkan), maka hukum poligami ketika itu adalah HARAM. Ia akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang lain.
Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (surah an-Nisa’ 4:3)
Rasulullah s.a.w juga telah bersabda, mafhumnya: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.” (Riwayat al-Baihaqi)

POLIGAMI VS ZINA
Malangnya, kini kita melihat DUA kelompok ekstrem dalam isu poligami. PERTAMA, ada lelaki yang meninggalkan isteri pertama dan membiarkannya “digantung tidak bertali”. Ada juga lelaki yang tidak mampu(lahir dan batin) menyara seorang isteri, tetapi begitu mudah menambah isteri.
KEDUA, ada lelaki yang mampu berkahwin lebih daripada seorang secara halal tetapi memilih cara hidup berfoya-foya dengan mengamalkan seks haram.
Satu pihak melaksanakan poligami secara ZALIM sehingga menganiaya isteri. Satu pihak lagi, meninggalkan poligami sehingga memilih untuk BERZINA. Kedua-dua bentuk ekstrem inilah yang menimbulkan FITNAH terhadap poligami. Poligami tidak boleh dilakukan secara SEMBERONO dan TERGESA-GESA.


Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...