MINDA YANG CERGAS

SEKIRANYA anda sukar memberi perhatian kepada pekerjaan atau anda memerlukan “perangsang” untuk men­duduki peperiksaan akhir contohnya, terdapat banyak makanan dan suple­men yang boleh diambil untuk meningkatkan daya ingatan, konsen­trasi dan penumpuan. Kalau makanan minda ini digabungkan dengan amalan senaman dan tidur yang cukup, kuasa otak akan meningkat dalam masa yang singkat.
Bagaimanapun, apa yang perlu anda ingat adalah sesete­ngah makanan memberi manfaat kepada otak, namun ada juga yang sebaliknya. Makanan terproses yang kaya dengan karbohidrat ringkas, gula, garam dan bahan pengawet yang terdapat dalam sesetengah kek, sesetengah jenis roti dan bijirin  boleh merangsangkan rembesan bahan kimia yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan berke­san.
Jika anda mencari‑cari makanan yang mampu merangsang kuasa minda, beberapa makanan, herba dan makanan tambahan di bawah ini barangkali boleh membantu.
eggs Telur
Bahan utama bahagian pepejal otak terdiri daripada lemak jadi kita harus membekalkannya dengan “lemak baik” atau asid lemak penting (EFA) melalui diet seharian kerana tubuh kita tidak menghasilkannya. Malah lemak penting dalam pemben­tukkan sinap pada otak yang terbabit dalam pembentukkan dan pengekalan  daya ingatan. Telur, merupakan sum­ber EFA yang paling baik.
salmon-fish lkan berminyak
Kalau ibu anda memberitahu makan ikan boleh menjadikan anda bijak, dia tidak berbohong. Jenis ikan berminyak seperti salmon, sardin, mackerel dan herring kaya dengan EFA yang dikenali sebagai asid lemak omega 3. la adalah komponen lemak yang penting bagi sel otak dan meningkatkan daya ingatan dan pem­belajaran. Sardin misainya tinggi de­ngan kolin, bahan kimia asas untuk ingatan. Malangnya tidak semua orang suka makan ikan ruginya.
soya-bean Soya
Kesemua makanan yang dise­butkan di atas adalah berasaskan protein. Protein penting kepada neu­rotransmiter yang dikaitkan dengan memori. Kandungan protein dalam soya juga tidak terkecuali. Protein soya sama ada dalam bentuk makanan tambahan, cecair atau serbuk adalah sumber yang sangat baik. Tetapi soya yang ditemui dalam susu kacang soya atau suplemen isoflavone perlu untuk meningkatkan memori verbal dan non‑verbal dan kefleksibelan mental.
ginkgo-biloba Gingko Biloba
Apa Ginko Biloba itu?. Nama gorilla ke?.Ish jangan mengelabah, Gingko Biloba ini telah digunakan dalam budaya Eropah sejak beribu tahun dahulu dan merupakan “herba minda” yang paling terkenal dan mujarab. Gingko biloba berperanan meningkatkan pengaliran darah ke otak, mengem­bangkan saluran darah dan meningkatkan bekalan oksigen. Namun keputusannya tidk akan berlaku sekelip mata. Perubahan hanya akan dapat dilihat selepas beberapa minggu. la juga mempunyai “kuasa membunuh” radikal bebas yang boleh merosakkan otak. Tingkatkan kuasa minda anda dengan
gingko biloba.
green_tea-black-tea Teh hijau dan hitam
Kajian terbaru menunjukkan teh hijau dan hitam memberi kesan positif kepada aizheimer, penyakit neurode­ generatif yang berlaku akibat kehila­ngan fungsi mental dan daya ingatan. Penyakit ini juga dikenali dengan “nyanyuk” dikalangan penduduk Malaysia. Ubat khusus sedang dikaji untuk me­rawatnya. Kedua‑dua jenis teh ini menen­tang alzheimer dalam banyak cara. Namun kaedah paling berkesan ialah dengan menghalang pemecahan asetilkolin, bahan kimia penting yang terlibat dengan memori, yang didapati berkurangan pada pesakit alzheimer. Teh hijau lebih baik kerana kesan­nya mampu bertahan selama seming­gu, manakala teh hitam (diperam lebih lama berbanding teh hijau) hanya dapat bertahan sehari.
sage Sage
Kajian terbaru mendapati, subjek yang mengambil sage (herba yang sering dicampurkan dalam masakan) menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian ingatan. Walaupun mekanismenya tidak jelas, pakar perubatan percaya sage meningkatkan paras bahan kimia yang membantu memindahkan mesej dalam otak. Kini sage sedang dikaji kegunaannya sebagai ubat merawat pesakit aizheimer. Ini kerana penderita alzheimer dikesan mengalami kekurangan bahan kimia tersebut.
rosemary Rosemary Seperti sage, rosemary berupaya merangsang memori, menguatkan kejelasan mental dan meringankan kelesuan mental. Kajian menunjukkan rosemary meninggikan daya ingatan jangka panjang sekitar 15 peratus.
vitaminb Vitamin B
Diet seimbang akan memberikan semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi vitamin B kompleks amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi. Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera. Anda sama ada boleh mengambil makanan tambahan atau makanan kaya dengan vitamin B seperti hati, telur, kacang lentil, kacang soya dan kacang hijau.
zat-besi Zat besi
Kekurangan zat besi (paling lazim berlaku di kalangan rakyat Amerika Syarikat) sering dikaitkan dengan kesan yang tidak baik termasuk sukar menumpukan perhatian dan tahap kecerdikan yang menurun. Zat besi berfungsi membawa oksigenke otak dan kekurangan oksigen dikaitkan dengan kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan aktiviti sel otak menjadi perlahan. Ujian darah yang ringkas boleh menentukan anda kurang zat besi. Pengambilan makanan tambahan atau makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, kacang dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi boleh membantu anda mening­gikan kadar zat besi dalam tubuh. Vitamin C turut berupaya membantu tubuh menyerap zat besi, jadi cubalah menggabungkannya sama ada ketika makan atau mengambil suplemen.
drinking-water Air
Hampir 70 peratus otak terdiri daripada air yang penting untuk daya ingatan. Bukan itu sahaja, air berpe­ranan untuk mengawal fungsi otak secara keseluruhan. Apabila air berkurangan, perjalanannya menjadi perlahan. Ianya benar terutamaapabila berkait dengan memori. Otak yang mengalami kekurangan air akan membebaskan hormon korti­sol. Kesannya, kapasiti otak untuk menyimpan maklumat dan mencipta memori menurun. Selain itu kortisol menyebabkan adrenalin dirembeskan yang secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi otak.
Makanan minda
Sebenarnya tidak sukar untuk mengintegrasikan beberapa makanan dan suplemen bagi meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi dalam diet seharian. Telur di sebelah pagi, secawan teh selepas makan tengah hari, sedikit sage yang dicampurkan sos spageti sewaktu makan malam dan minum banyak air… anda akan muncul sebagai individu genius dalam masa yang singkat

Read more: http://kamalmustafa.com/kamal-info-makanan-yang-merangsang-minda.html#ixzz1oCH2NLuf

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...