JUBAH HITAM ITU RAHSIA YANG DIKETAHUI

JUBAH HITAM

Jubah hitam itu pemberian ibuku
Teruja melihat aku memakainya
Itulah jubah pertamaku
Yang dibelikan oleh ibuku
Saat keinginan merajaiku
Tidak kupinta tetapi sifat ibunya
Mengetahui rahsia

Dia ibuku
Di saat aku diuji
Ibu tidak pernah membenci
Tetap sabar dengan riak tenang
Ditelan hinaan dengan senyuman
Sesekali marahnya kerana kekurangan

Isteriku
Tidak membelakangiku
Mulutnya dijaga saat aku dihina
Hatinya membatu saat diuji manusia
Matanya dipejam saat kisah dibicara
Telinganya mendengar tanpa suara
Itulah isteriku penghuni syurga

HAIRAN
Sungguh, gunung itu bukti yang jelas.
Manusia itu bukti yang nyata.
Haiwan itu bukti yang terang.
Alam itu bukti yang terpampang.
Mengapa masih ingkar.

aam
18 Mei 2017

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...