BALA DAN TAUBAT

Bala itu diturunkan kerana dosa. Ia turun bagi mengingatkan bahawa banyaknya dosa yang telah dilakukan.

Bahkan bala juga turun bagi mencuci dosa-dosa yang telah dilakukan oleh penghuni bumi. Bala ditimpakan ke atas semua umat manusia. Sama ada ia beriman atauntidak beriman.

Mengapa?

Pastinya kerana kita manusia adalah milikNya yang hak. Kita adalah manusia yang sama fitrah kejadiaannya. Sudah pasti ingat mengingati perlu. Yang berilmu panjangkan ilmunya bukan mencari utamanya mencari rezeki dgn ilmunya. Manakala yang berkuasa menguatkuasakan undang² sesuai dgn perintah daripada yang Empunya dunia.

Malangnya, di saat usia bumi tersisa ini, manusia seakan terlupa tugas mereka. Semakin rakus mengejar dunia. Walaupun kelihatan rupanya indah laksana penghuni syurga, namun setelah diuji maka hilanglah cahayanya. Saat dia dihina kerana kekurangannya, sebaliknya berlaku. Begitulah yang dikhabarkan oleh kekasih Allah saat tibanya akhir zaman.

Saat ini, PKP diperintahkan oleh penguasa. Sebenarnya asbab wabak adalah untuk memaparkan kepada manusia betapa maha kuasanya pencipta. Hanya kerana makhluk sebesar zarah, manusia ketakutan, bersembunyi di dalam rumah. Menghimpun makanan. Malah yang lebih teruk, saling menyalahkan sehinggakan melanggar perintah.

Saudara..
Perintah Allah lagikan diabaikan, inikan pula perintah manusia...Allahu..(hanya segelintir, bukannya semua)

Kini, ruang dibuka seluasnya. Pintu taubat masih terbuka luas. Bertaubatlah. Banyakkn berdoa agar diangkat bala kembali oleh pemiliknya.

Benarlah apa yg telah dipesan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...