ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT

Jangan Halalkan Orang Yang Berhutang. Kenapa? Jom Baca Artikel Ini ...


Tazkirah Hari Ini...
ROH ORANG YANG BERHUTANG TIDAK AKAN NAIK KE LANGIT
Sayyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi jenazah seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Adakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."
Lalu baginda SAW bersabda, "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.”
(Riwayat at-Tabarani)
Berdasarkan hadis itu, perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat 'main-main'. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Nota kaki : Kasihkan saudara kita. Ingatkan mereka. Maka selesai bahagianmu..

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...