Ramadhan CEMERLANG

Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya saya tak menulis di dalam blog ni...Bukan kekangan masa..cuma "MALAS" yang tiada UBATnya.Adoiiii....
Hmm....sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa..Ahlan Ya Ramadhan...Semoga kita semua beroleh kesihatan yang sempurna untuk beribadat sebanyak mungkin di bulan yang penuh keberkatan...Mudah2an Allah swt menerima puasa kita dan segala apa yg ibadat yg kita lakukan di terima olehNya..Insya'Allah..
Jom citer sikit pasal puasa...sekadar nak igtkan diri ini dan kawan2...Mudah2an...Inysa'Allah..
" Allahumma Balighna Ramadhan "
Hadis Rasullulah SAW diriwayatkan oleh Al-tarmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yg bermaksud

"ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan, seluruh syitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. semua pintu neraka akan ditutup dan tidak ada suatu pun pintu yang dibuka. semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. diseru " wahai orang-orang yang mencari kebaikan !datang kesini! wahai orang yang mencari keburukan !jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. perkara tersebut berlaku setiap malam "

sabda Rasulullah lagi

"telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala syaitan. di dalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu malam. sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikan)-riwayat Al-Nasa'i dan Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a

KEISTIMEWAAN RAMADHAN

1. orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka akan diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu

2. pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunya Al-Quran sebagai firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 185

3. dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelengu ketika itu.

4.puasa bulan ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri yang akan menentukan ganjaran. (setiap pahala akan digandakan 10-700 kali ganda)

5. di dalam bulan ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti ibadah seribu bukan. Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. diawal ramadhan adalah kerahmatan, dipertengah Ramdahan keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas daripada neraka. seperti firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 1-5

6. orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewa, pintunya bernama "rayyan".
"Mudah2an kita semua beroleh RAMADHAN yang CEMERLANG dari ALLAH kerana kita belum pasti adakah kita akanbertemu lagi dengan RAMADHAN yang akan datang..." 

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...