Akhlak TERPUJI Nabi Muhammad saw
Inilah MAKHLUK yang TERPUJI dan TERBAIK yang SEWAJARNYA dan SEPATUTNYA kita jadikan 'Roll Model' di dalam kehidupan seharian kita.Contoh yang sangat TERBAIK daripada Allah untuk hamba2nya...Mari kita tengok sikit akhlah insan terpuji dan dikasihi Allah swt iaitu Muhammad saw...
Mudah2an Allah izinkan saya mencontohi akhlah kekasihNya...Insya'Allah
Baginda memberi salam kepada anak2, bersenda gurau dengan mereka, bercerita, beramah-tamah sehingga mereka manja dengan baginda.
Dalam rumahtangganya baginda bertindak sebagai orang biasa, memberi makan binatang ternakan, merawat dan memasukkan ke kandangnya.
Baginda menyapu dan membersihkan rumah, memerah sendiri susu kambing, makan bersama2 pelayan dan pembantu rumahnya.
Baginda berbelanja sendiri barang dapurnya dan membawa belanjanya.
Baginda menjabat tangan orang kaya atau miskin, dewasa malah anak kecil juga.
Baginda sering memulakan salam kepada sesama muslim yang dijumpainya...
Baginda bekerja bersama-sama sahabatnya dalam membuat parit perlindungan, ikut mengumpulkan kayu bakar untuk memasak, ikut berternak dan sebagainya..
Rasulullah saw tidak mahu dibeza-bezakan, antaranya baginda bersabda :
"sesungguhnya Allah swt tidak mahu melihat hamba-Nya dibeza-bezakan antara sesama kawannya."
Ketika ada tetamu ke rumahnya, baginda sendiri yang akan melayani tetamu itu, meskipun sahabat memohon untuk memberi bantuan kepadanya, baginda bersabda :
"Aku ingin menghormati tetamuku sendiri."
Dalam majlis yang diadakan, baginda duduk di tempat kosong, tidak mengambil tempat yang perlu diistimewakan. Baginda bersabda :
"Wahai kalian semua, janganlah kalian mengangkat aku melebihi batasa kedudukanku, Allah sudah mengambil aku sebagai Nabi dan RasulNya."
Apabila bagin da berjalan bersama sahabatnya, sering baginda di belakang mereka tidak minta diiring.Baginda bersabda :
"Biarlah di belakangku ada malaikat yang mengikuti"
Kadang2 baginda berjalan kaki dan kadang2 berkenderaaan unta atau keldai atau kadang2 berjalan kaki tanpa memakai sepatu atau kadang2 tida berserban.
Baginda tidak pernah menolak dihamparkan tikar untuk duduk atau tidur.
Alas tidur baginda diperbuat daripada daun kurma yang tidak bercadar.
Baginda selalu memenuhi undangan orang lain dari pelbagai macam suku, tidak pernah menolak atau berasa hina bila diundang oleh orang miskin.
Baginda selalu membalas hadiah yang diterimanya, sebagai tanda terima kasih meskipun hanya ada seteguk air atau sebiji kurma.
Baginda mahu bergaul dengan sesiapapun dan duduk bersama-sama tanpa melihat kedudukan orang itu, baik fakir atau miskin orang lemah atau kuat.
Baginda memakai pakaian biasa seperti yang dipakai sahabatnya.Pernah baginda sembahyang dirumahnya dengan hanya memakai sehelai kain sarung panjang yang diikatkan pada lehernya, sebab tidak ada yang lain lagi.
Disebabkan sempitnya rumah baginda, pernah ketika bersujud tengah malam, tersentuh kaki isterinya Aisyah yang menghalangi tempat sujud itu.
Apabila bergurau senda, beliau menggunakan kata2 yang benar dan tertawa dengan tersenyum.
Baginda dengan teliti mendengar pergaduhan umum dan menyelesaikan perkara mereka.
Baginda sangat lembut hati.
Inilah amalan Nabi Muhammad saw yang tidak MEMBEZA-BEZAKAN orang.Inilah yang PATUT kita semua CONTOHI.
Mudah2an...Allah izinkan kita mewarisi sifat2 yang dimiliki oleh KekasihNya iaitu Muhammad s.a.w

Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.