Siapa MELAYU ?

Siapa MELAYU ?

Perkataan MELAYU berasal dari sebatang sungai di Indonesia.Di berikan nama oleh Raja pertama di Tanah Semenanjung iaitu Parameswara.

Sila rujuk link : http://sayangbangsa.wordpress.com/2008/04/12/siapa-melayu/

MELAYU = Campuran SERUMPUN MANUSIA pada zaman tiadanya adat dan pegangan Agama.Sehinggalah datangnya PARAMESWARA dan agama Hindu.

Dimanakah LETAKNYA kebanggaan MELAYU berbanding AGAMA ISLAM yang WAJIB diperjuangkan.Logik2 akal..kita pentingkan AGAMA atau ADAT ?

Oleh yang demikian apakah faedahnya memperjuangkan bangsa jika Islam dihina? Apakah faedahnya bertekak lidah tentang ketuanan Melayu sedangkan perjuangan untuk memartabatkan undang-undang Islam diketepikan. Benarkah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk dan mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama berbeza? Lupakah kita bahawa ketika Rasulullah memerintah, baginda juga mempunyai rakyat berbagai agama dan bangsa? Atau kita menganggap undang-undang yang diciptakan oleh Allah itu lemah dan tidak sesuai untuk orang bukan Islam? Sesungguhnya dengan berfikiran begitu kita telah pun syirik kepada Allah. Padahal undang-undang Islam itu meliputi seluruh peraturan dunia samada untuk orang Islam, bukan Islam, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, manusia dengan Allah dan segala-galanya.

Apabila kita bangkitkan tentang kelebihan bangsa, kita seolah-olah menghina bangsa lain. Ia sama saja sebagaimana sifat orang arab yang berbangga dengan bangsanya dan menghina bangsa lain. Lebih teruk lagi bangsa Israel yang menganggap bangsa lain seperti binatang semata-mata.

Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain. Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam. Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?

Renungkan balik apa yang telah berlaku kepada bangsa kita:

  • Berzina, rogol dan sumbang mahram.
  • Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
  • Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
  • Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
  • Rahsuah berleluasa.
  • Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
  • Mengagung-agungkan hiburan.
  • Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya penuhkan di sini. Tidakkah ini semua seolah-olah menghina Islam? Siapakah bangsa yang paling ramai melakukan kesalahan-kesalahan di atas? Tentu saja jawapannya ialah MELAYU! Jadi ada apa dengan MELAYU? Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah! Perjuangkanlah ISLAM!

MATLAMAT KITA ADALAH ISLAM, JALANNYA ADALAH AL-QURAN DAN AL-SUNNAH..

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...