Nilai NYAWA kita !!

Nilai nyawa kita...

Nyawa kita ada nilaikah di sisi MANUSIA? Berapa harganya?Adakah ia di kira dlm nilai Kilogram atau Kati [sistem dolu]..? Malangnya NYAWA yang di bekal oleh Allah kepada setiap jasad begitu murah dan hina di pandang oleh makhluk yang di panggil MANUSIA..Begitu murah sehinggakan mudahnya manusia menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kesan dan akibatnya serta tidak mempedulikan agama.Rasa seperti agama tidak lagi di rujuk dan di ikut di dalam kehidupan manusia yang semakin maju.NYAWA adalah ROH yang dimasukkan oleh penciptaNya iaitu Allah swt kepada setiap tubuh manusia yang diciptakan.Nyawa itu di tiup kedalam tubuh manusia saat ia diciptakan dari dalam rahim ibu lagi.
Surah As Sajdah
9. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.
Maka benarlah kata-kata Allah di dalam Al-quran sesungguhnya manusia itu akan sombong atau lupa diri, bila dirasakan dirinya serba lengkap dan cukup dengan kehidupannya walaupun dia tidak bersyukur kepada Allah..[iaitu dengan bersolat dan sebagainya]..Yang berkuasa diantara mereka akan memilih nyawa yang ingin di tamatkan..yang kurang upaya hanya merelakan tanpa mampu berbuat apa-apa.Inilah gambaran yang Allah telah perlihatkan di dalam Al-Quran..iaitu gambaran yang dunia akhir zaman semakin hampir dan pasti berlaku..Kiamat itu Benar..Neraka itu Benar..Syurga itu Benar..
Marilah saudara dan saudari ku seagaama..kita adalah ummat Muhammad saw..ummat yang terbaik di antara semua ummat nabi Allah.Marilah kita mensyukuri nikmat nyawa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.hargailah ia..kerana manusia di ciptakan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadanya, bukan untuk merosakkan bumi ini dan makhluk ciptaanNya yang lain.Hargailah setiap NYAWA di dunia ini.
Sesungguhnya TIADA NILAI UNTUK NYAWA SETIAP MAKHLUK di dunia ini kerana tiada alat atau makhluk lain di bumi ini yang mampu menciptakan NYAWA itu sendiri.Semoga kita di dalam rahmat Allah sentiasa..Insya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...