VAKSIN vs ANTIVKASIN

 VAKSIN vs ANTI VAKSIN | Fikir dan Zikir

'Setiap kebaikan adalah sedekah'

Islam menganjurkan kita supaya berusaha dengan apa cara sekalipun. Mudah kata, ikhtiar dan berserah. Bukan membuat cerita dan menyambung cerita daripada seseorang yang bukan ahlinya. Malah kita sebagai yang dipimpin, akur kepada mereka yang memimpin selagi ia tidak melanggar hukum yang Allah telah tetapkan.

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Surah al-Talaq (3)

Ada kisah sebagai panduan buat kita.

Usaha mesti tetap dilakukan. Malah Rasulullah SAW turut melakukannya. Rasulullah SAW berperang dengan tombaknya dan memakai baju besi dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai topi besi pada kepalanya. Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.
Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)

Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.

Baca pesanan Allah, di akhir zaman akan dicabut ilmu dari dunia. Fikir dan banyakkan zikir.


#hampirselesai
#jomkongsiyangbaikbaik
#redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...