Qidam (Terdahulu/Awal) | Sifat 20
Qidam (Terdahulu/Awal)
Sifat Qidam bermaksud terdahulu. Allah adalah Sang Pencipta yang menciptakan alam semesta beserta isinya. Sebagai Pencipta, Allah wujud terlebih dahulu dari segala sesuatu yang diciptakan-Nya. Justeru, tidak ada pendahulu atau yang mengawali selain Allah SWT.
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al-Hadid: 3)
Nak faham mudah je...Sebelum kita, pasti mak ayah. Sebelum mak ayah, pasti atok nenek kita..sebelum atok nenek kita, pasti moyang kita...Last sekali, Nabi Adam as. Sebelum Nabi Adam as?
Ha, jadi kena terus mengaji dan mencari. Allah itu ada sebelum segala-segalanya. Zat yang ada. Maka bersujudlah kepada Zat yang satu.
Jangan bangga dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal Yg bermula pasti akan berakhir kerana itu adalah pinjaman sahaja.
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.