Jihad Si Anak Kecil
Kelibat
kecil menyusuri denai,
Cahaya langit
menjadi peneman,
Niat dan
azam ditelan dalam,
Demi
mencapai cita dan impian.
Lusuh kain
membalut tubuh,
Haus tapak
membelah laluan,
Helaian
erat digenggam tangan,
Membelah
kebuntuan mencari kebenaran.
Dalam
kepayahan menemukan kebenaran,
Minda
diperah mencari penyelesaian.
Azam ditekad,
niat dibulat menepis halangan,
Agar dapat
melihat cahaya dalam kegelapan.
Sasterawan
Negara pernah berkata,
Celiknya kita
dari seorang guru biasa.
Ku pujuk,
ku rayu diriku berkata,
Hormatilah
guru, cintailah ilmu jagalah bahasa.
Jihad si
anak kecil jauh di pedalaman,
Mengorak
langkah dengan senyuman,
Biar lusuh
jangan luluh dalam laluan.
Mengeluh tidak
menoleh jangan.
Jihad si
anak kecil jauh di pedalaman.
Membangga
diri sekali jangan,
Mengingati
pesan zaman berzaman,
Menjadi
contoh adab dan pegangan.
Nukilanku
ini hanyalah kata-kata,
Buat
tatapan anak bangsa.
Semoga
kalian sentiasa berjaya
Mencari ilmu
di mana sahaja
Jihad si
anak kecil sentiasa di minda.
#merpatiputih
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.