AKU KERDIL DIKALANGAN KALIAN

Aku manusia biasa di bumi ini.
Aku kerdil di kalangan kalian, 
Tidak mempunyai kulit yang kebal.
Namun aku bukan mentimun yang mudah dipecahkan.
Kerana aku dilindungi kulit berbau tanah.

Aku kerdil dikalangan kalian,
Tidak mempunyai tangan yang berkuasa
Namun aku mempunyai tangan yang mampu berkata-kata

Aku kerdil dikalangan kalian,
Tidak pantas melontar kata-kata keramat,
Namun aku mempunyai lidah yang mampu aku gerakkan.
Kerana lidahku adalah saksiku.

Aku kerdil dikalangan kalian,
Tidak sempurna sebagai penghuni bumi,
Namun aku berusaha menyiapkan rumah kecilku agar sempurna.

Aku kerdil dikalangan kalian,
Tidak kuimpikan membesar seperti kalian
Kerana pemilikku lebih besar dari kalian

Aku kerdil kerana aku adalah hamba Yang Maha Besar..
Aku kerdil di mata kalian..

#merpatiputih

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...