Kemenangan Aid Dul Fitri?
Assalamualaikum wbt,
Selamat meneruskan puasa yang telah disyariatkan kepada kita. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kita selagi Dia mengizinkan kita untuk menghirup udara yang dibekalkanNya kepada kita setiap hari.
Alhamdulillah, hari ni telah masuk hari ke25 Ramadhan. Semoga hari2 yang telah dilalui kita habiskan dengan baik dan berfaedah.
Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Aid Dul Fitri. Hari Kemenangan umat Islam. Namun apa yang perlu kita lakukan sebenarnya dengan kemenangan ini. Biarkan berlalu begitu sahaja atau ada sesuatu yang perlu kita pelajari dan kita hayati. Insya Allah, ana kongsikan sedikit ilmu yang ana baca di blog rakan2..mudah2an Allah merahmati kita dengan RahmatNya.Inysa Allah..
Selamat Hari Raya kepada semua.
Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya?
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.
Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47).
Pesanan buat diri dan rakan2:
Carilah sedikit kesempatan dalam kesibukan bersiap untuk kegembiraan hari raya. Semoga Allah merahmati kita semua.Insya Allah..
Carilah sedikit kesempatan dalam kesibukan bersiap untuk kegembiraan hari raya. Semoga Allah merahmati kita semua.Insya Allah..
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.