Untungnya merasai tua.
UNTUNGNYA
MERASAI TUA.
“Mereka
yang tua pasti pernah merasai muda..
Namu mereka
yang muda belum tentu dapat merasai tua…”
Untungnya
dapat merasai hari tua dengan tenang dan aman. Berapa ramaikah yang dapat
merasai hari-hari tua mereka. Untung jika mereka dapat merasainya sebelum
malaikat maut datang menjemput pulang pada usia muda. Betapa ruginya orang itu.
Bumi kini
tidak mampu lagi memenuhi keperluan, kehendak serta impian manusia yang semakin
banyak. Sehingga semakin melampau-lampau adakalanya. Bumi semakin marah.
Penghuni langit juga semakin sedih dan marah dengan tindakan manusia.
Hari muda
dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Masa muda juga manusia
lupa dengan janji mereka dengan Haq yang azali iaitu Allah swt. Masa muda
digunakan untuk mengejar segala impian yang diingini dan dihajati. Nafsu mula
menguasai diri melebihi rasa insaf dan syukur terhadap Allah swt yang telah
banyak memberi dan sentiasa memberi dengan penuh kasih sayang.
Hari tua
pasti tiba andai Allah berkehendak kita menikmati lagi isi bumi. Itulah peluang
dan keuntungan yang Allah berikan kepada kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah
kita. Peluang yang diberikan seharusnya digunakan dengan sebaiknya-baiknya.
Untungnya
Allah lanjutkan lesen hidup kita kerana mungkin kita masih ada banyak dosa-dosa
yang kita telah lakukan. Inilah peluang untuk kita memohon keampunan
daripadaNya.
Untungnya
Allah lanjutkan lesen hidup kita kerana mungkin kita masih leka dengan
kehidupan kita dari usia muda sehingga tua, maka sedarlah.
Untungnya
Allah lanjutkan lesen hidup kita kerana mungkin kita perlu sebarkan ilmu yang
kita miliki kepada generasi muda yang masih leka.
Untungnya
Allah lanjutkan lesen hidup kita kerana Allah masih sayangkan kita kerana kita
sentiasa bersyukur dengan nikmat serta kurniaanNya.
Untungnya
Allah lanjutkan lesen hidup kita kerana itulah tanda kasih dan sayangNya Allah
kepada kita untuk kita melihat anak cucu kita membesar.
Betapa
untungnya kita jika Allah masih panjangkan usia kita. Jangalah leka. Janganlah
terpedaya dan janganlah berbangga diri. Keuntungan itu kita guna sebaik-baiknya
sebagai modal kita di perjumpaan bersama pencipta kelak.
Untungnya
si tua melalui muda.
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas teguran dan nasihat anda. Saling berpesan-pesan agar Allah kasih dan sayang pada kita semua.