Peranan NILAI dalam KEHIDUPAN


Sebagai umat Islam kita sudah jelas apakah misi hidup kita.Tujuan kita datang ke dunia ini adalah untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi-Nya.Sedikit MUHASABAH NILAI untuk diriku dan saudara/i ku di luar sana.
Jika ditanyakan mana yang LEBIH BERNILAI antara IMAN atau KEMEWAHAN,PERSAUDARAAN atau HIBURAN?Sudah pasti ramai yang akan menjawab IMAN.Namun itu yang kita fikir,tetapi apakah itu juga yang kita RASA? Untuk menjawabnya secara jujur,mari kita semak beberapa 'item' berikut;
  • Apa yang selalu kita fikirkan dan BIMBANGKAN?
  • Untuk apa TENAGA kita sering HABISKAN?
  • MASA kita,ke arah mana sering kita LUANGKAN?
  • Wang kita,untuk apa sering kita BELANJAKAN?
  • Siapa WIRA kita yang sering menjadi sebutan dan PUJAAN?
So, rasa2nya saya dan saudara/i semua pasti tahu apa jawapannya.Ada perbezaan BESAR antara apa yang kita jawab dengan AKAL dan PERBUATAN.Jom kita semak2 sikit:
  • Apakah BENAR iman itu lebih UTAMA jika kebanyakkan masa kita lebih kepada program HIBURAN berbanding program KEIMANAN.
  • Berapa banyak MASA yang kita luangkan untuk membaca Al-Quran berbanding majalah hiburan yang SARAT dengan kisah mistik,gosip dan berbaur seks?
  • Gambar siapa yang menjadi wall paper di skrin komputer kita dan almari anak2 kita?
  • Apa yang selalu kita dengar ketika memandu kereta?
  • Dalam satu hari berapa kali kita bimbang soal IMAN dan akhlak kita yang merosot berbanding pendapatan gaji kita yang dirasakan TIDAK CUKUP2.
  • Kita tidak terkejut jika anak2 kita fasih dan mengenali dan menyebut nama2 artis,ahli sukan dan lain2 berbanding nama2 RASUL,NABI dan para sahabat serta ulama' salafussoleh.
Saudara/i ku marilah sama2 kita renungkan sedikit diri kita.Nilailah DIRI KITA kerana semakin kita lupa untuk menilai diri,semakin kita jauh dari penilaian Allah.
Semakin ke UTARA..SELATAN semakin MENJAUH..
Jazakallah...
Semakin

Comments

Popular posts from this blog

SALAM AKHIRKU…

Doaku...